Translate

26 February 2014

Nur Fathia Menafikan Semua Dakwaan kononnya dia 'buat perangai' sewaktu menjalani penggambaran 'Ariana Rose' di London

Nur Fathia Jawab Isu Timbulkan Masalah Sepanjang di London

..
Aktres Nur Fathia menafikan semua dakwaan dia kononnya 'buat perangai' sewaktu menjalani penggambaran drama bersiri fenomena 'Ariana Rose' di London, bulan lalu.
Sebaliknya pelakon yang baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Wanita Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) itu berkata wujud perselisihan faham tentang jadual penggambaran kerana mereka semua duduk bilik berasingan sepanjang berada lapan hari di sana.
“Dakwaan saya tidak berdisiplin dan buat hal di set penggambaran tidak tepat. Saya juga tidak pernah tidak menghafal skrip. Sebaliknya untuk memberikan yang terbaik, selalunya saya akan melakukan latihan dua tiga kali.
“Malah, ada juga berlaku salah faham berkenaan jadual penggambaran kerana kami tidak tinggal sebilik. Tiada istilah saya lambat sampai membiarkan Keith Foo kesejukan”
“Mengikut kontrak sepanjang di sana saya dibenarkan berehat selama tiga hari, tapi kebanyakan masa rehat ditarik balik untuk melunaskan penggambaran”
“Sehingga tiba hari terakhir, saya terpaksa bertegas untuk meluangkan masa bersama adik perempuan saya sebelum menghantarnya pulang ke Dublin. Lagipun, penggambaran untuk promosi drama Ariana Rose sudah dibuat pada malam sebelumnya,” jelasnya yang memenggang watak utama iaitu sebagai 'Ariana Rose' yang baru saja berakhir siarannya kira-kira dua minggu lalu.
Fathia berkata demikian bagi menggulas laporan Berita Harian hujung minggu lalu ekoran Nur Fathia khabarnya telah menunjukkan sikap kurang disenangi semua krew produksi drama Ariana Rose selepas kerap hadir lambat ke lokasi selain tidak menghafal skrip.
Laporan itu juga ada menyebut yang kelewatan dan kegagalan Nur Fathia untuk menghafal ketika penggambaran episod akhir di London telah menyebabkan pasangan dalam drama tersebut, Keith Foo terpaksa menahan kesejukan akibat penggambaran berulang.

sumber : Kosmo!





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lebih 110,000 ahli laksana undian Pemilihan PKR pe' 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 26 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nurul Izzah harap proses Pemilihan PKR teratur, te' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perlis umum 17 April cuti pe' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Oslo viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 2 hrs 24 mins ago