Translate

27 February 2014

Gadis Itu Paling P&C Dalam Hidup Saya - Hafiz


Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Dalam diam-diam penyanyi Hafiz Suip rupanya kini sedang intim dengan seorang gadis yang bergelar pelajar. Berkongsi hal tersebut dengan pihak media, Hafiz berkata dia dan gadis misteri itu sudah berkawan sejak lebih empat tahun. 
Bagaimanapun pelantun lagu 'Bahagiamu Deritaku' ini enggan berkongsi lanjut mengenai siapakah gerangan teman istimewanya itu kerana menghormati privasi gadis tersebut.
"Saya akui gadis yang datang bersama saya sewaktu di konsert MLM lalu adalah teman saya. Kami berkawan dengan dah lama, lebih dari empat tahun. Dia orang yang paling 'P&C (private & confidential)' dalam hidup saya.
"Dan buat masa ini saya tak boleh dedah namanya kerana saya menghormati privasi dia juga ibu dan ayahnya. Lagipun kami masih sedang mengenali antara satu sama lain. Dia pun masih belajar", tutur Hafiz ketika ditemui pada majlis Doa Kesyukuran Sempena Kejayaannya Sepanjang 2013, bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
Hafiz bersama ibu bapanya, Mohd Suip dan Halizawati Salleh.Hafiz bersama ibu bapanya, Mohd Suip dan Halizawati Salleh.
Pemilik nama sebenar Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, ini berkata demikian tatkala diminta menjelaskan siapakah gadis yang menemaninya sewaktu di konsert Akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung beberapa minggu lalu.
Tambah Hafiz lagi, dia tidak mahu terburu-buru dalam memikir peringkat perhubungan mereka yang seterusnya kerana buat masa ini mereka berdua perlu menumpukan perhatian pada komitmen masing-masing. Namun Hafiz berharap hubungan mereka sentiasa mendapat restu daripada ibu bapa masing-masing.
"Kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya mesti perkenalkan dengan keluarga saya dahulu. Sebab saya nak mereka tahu dengan siapa saya berkawan. InsyaAllah mudah-mudahan kami sentiasa direstui oleh ibu bapa.
"Tapi buat masa ini kami belum ada apa-apa lagi, jadi saya tak mahu lah kisah hubungan kami ini diperbesar-besarkan. InsyaAllah, kalau ada jodoh dan kalau kami direstui ibu bapa kami..." katanya yang meletakkan sasaran mahu mendirikan rumah tangga sebdelum usia 30 tahun.
..
Sementara itu, sempena ulangtahun kelahirannya yang jatuh pada hari ini (27 Februari), anak kelahiran Kuching, Sarawak ini berkata dia berazam mahu berusaha lebih gigih lagi dalam mengukuhkan kerjaya nyanyiannya baik di industri tempatan juga mencari peluang menembusi pasaran muzik luar negara.
"Alhamdullilah saya bersyukur dengan apa yang saya kecapi setakat ini. Dan saya mahu berusaha lebih lagi. Saya mahu melebarkan sayap saya ke peringkat luar negara, seperti mana rakan artis seperti Shila Amzah.
"Setakat ini saya mulakan dengan percubaan lagu duet saya bersama Rossa, single 'Salahkah'. Sambutan di Indonesia menggalakan dan saya berharap dengan lagu itu dapat membuka lebih peluang kepada saya pada masa akan datang", katanya.
Sejak berkecimpung dalam bidang seni muzik pada tahun 2009, perjalanan seni Juara Akademi Fantasia (AF7) ini dilihat begitu lancar dengan kejayaan demi kejayaan yang diciptanya. Impresif setakat ini, berbekalkan sebuah album disamping itu Hafiz juga telah memenangi sebanyak 25 anugerah pelbagai, di dalam mahupun di luar negara.
Selain itu sempena ulangtahun kelahirannya, Hafiz akan meraikan dalam satu acara santai bersama kira-kira 50 peminatnya, pada 2 Mac ini. Pada hari tersebut Hafiz dan peminat-peminatnya akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik di Bukit Cerakah, Kuala Lumpur.
Terkini, Hafiz dalam perancangan untuk mempromosikan single terbarunya berjudul 'Kesimpulan'.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED