Translate

27 February 2014

"The Journey" pecah rekod kutip RM12.92 juta

 "The Journey" pecah rekod kutip RM12.92 juta

26 Feb – Filem Cina tempatan, "The Journey" telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya mendapat kutipan tertinggi sekaligus memecahkan rekod sebagai filem tempatan paling laris dengan mengutip sebanyak RM12.92 juta.
Selepas ditayangkan sejak 30 Januari lalu bersempena sambutan Tahun Baru Cina, filem itu berjaya mengetepikan rekod yang pernah dicatatkan oleh filem "KL Gangster" arahan Syamsul Yusof yang mengutip RM11.74 juta dan filem "Ombak Rindu" yang mengutip RM10.9 juta pada 2011.
"The Journey" arahan Chiu Keng Guan merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang seorang lelaki konservatif dikenali sebagai 'Uncle Chuan' yang dipaksa menerima menantu berbangsa Inggeris.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED