Translate

27 February 2014

Ayam Penyet Terbaik Disekitar Lembah Klang


24 Feb – Ramai yang sukakan makanan yang berasal dari negara seberang, Indonesia, nasi ayam penyet yang dihidangkan bersama ulam dan sambal tumbuk yang pastinya akan membuatkan anda terliur.

Namun, masalahnya adalah mahu mencari tempat ayam penyet yang betul-betul sedap. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tempat yang menjual ayam penyet yang ternyata sedap dan pastinya berbaloi untuk dikunjungi.

Ayam Penyet Ria, Wangsamaju
Jika anda tinggal area Wangsamaju, anda boleh cuba ayam penyet di sini. Seperti biasa hidangannya nasi, ayam penyet, ulaman, tauhu, tempe dan sambal. Sambal juga agak pedas dan kick. Kalau yang tidak tahan, kena letak kicap. Harga juga murah.

Ayam Penyet Best, Wangsa Walk Mall
Harga murah dan selalu ada promosi. Cuma masalahnya servis agak lambat dan anda kena bersabar sedikit. Hidangan sangat banyak dan besar. Berbaloi walaupun kena tunggu lama.

Ayam Penyet Jalan Maluri, KL
Ramai yang datang makan di sini katakan ini antara ayam penyet paling sedap. Harga murah dan berbaloi. Sambal sedap dan terangkat bila makan. Istimewanya disertakan dengan sup kosong. Jadi pada sesiapa yang tak tahan pedas, makan sekali dengan sup.

Restoran Waroeng Oma Khas Jawa Timur, Bandar Sunway, Petaling Jaya 
Yang menarik di sini ialah nasi bersama lauk ayam penyet berserta sambal hijau. Sambal hijaunya cukup enak dan tidak terlalu pedas, dan istimewanya ialah hidangan terung magik, Wajib cuba!

Restoran Wong Solo, Seksyen 7, Shah Alam
Sini juga menawarkan ayam penyet yang sangat sedap. Istimewa di sini ialah menawarkan 2 jenis ayam iaitu ayam penyet dan ayam panggang. Apa yang penulis suka ialah nasi berlaukkan ayam penyet, tempe, tauhu dan juga sambal terung yang boleh dikatakan sangat sedap dan lembut sekali. Ramai orang datang berpusu-pusu ke sini sehingga kadang-kala perlu menunggu di luar. Restoran Wong Solo juga mempunyai cawangan-cawangan lain di sekitar Kuala Lumpur.

Restoran Ayam Penyet Nusantara, Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam 
Boleh dikatakan di Seksyen 7 banyak terdapat ayam penyet yang sedap. Ini salah-satunya, Ayam Penyet Nusantara, sama popular seperti Wong Solo. Yang menarik ialah hidangannya sangat banyak dan besar, ayam dan ulaman sangat segar berserta sambal. Cuma sambal agak sedikit pedas berbanding yang lain. Harga juga murah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 6 hrs 2 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 6 hrs 2 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 7 hrs 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 9 hrs 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 10 hrs 12 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 10 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 10 hrs 26 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 10 hrs 41 mins ago