Translate

24 February 2014

Nora Danish Nafi Beli Hantaran Kahwin

Nora Danish Nafi Beli Hantaran Kahwin

Pelakon cantik, Nora Danish menafikan desas-desus mengatakan dia dan Nadeem Nazri telah membeli barangan hantaran untuk perkahwinan mereka. Biarpun pasangan sensasi ini dilihat semakin hangat bercinta, namun Nora memberitahu dia lebih selesa menganggap Nadeem sebagai kawan biasa.

“Perkara itu tidak benar sama sekali kerana seperti yang saya sering katakan, kami berdua lebih selesa menggelarkan hubungan ini sebagai kawan biasa sahaja kerana saya hanya akan membuka mulut jika tarikh berkahwin itu sudah ada. Selagi belum ada kepastian mengenai perihal perkahwinan, selagi itu saya sangat selesa dalam mengklasifikasikan hubungan kami berdua sebagai teman biasa sahaja,” ujar Nora ketika ditemui di majlis doa selamat filem ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ di Wisma Metrowealth pada Jumaat.

“Jika saya benar-benar mahu berkahwin, kalau saya belum lagi membeli barang hantaran lagi pun, saya akan beritahu kepada semua yang saya akan berkahwin. Maknanya, berita tersebut tidak sahih. Cerita perihal membeli hantaran perkahwinan tidak betul sama sekali,” tegas Nora lagi.

Bagi pelakon filem ‘Aku Terima Nikahnya’ ini, hal perkahwinan merupakan perkara baik dan tidak menolak sekiranya ada jodoh. Namun begitu, jelas Nora, dia langsung tidak merancang untuk menuju ke gerbang perkahwinan pada tahun ini.
Hubungan yang dijalinkan oleh Nora dan Nadeem berlangsung agak lama dan mereka juga sangat terbuka dalam berkongsi kemesraan hubungan mereka menerusi laman sosial. Akibat daripada itu, cerita kurang enak berkenaan mereka sentiasa timbul. Adakah Nora tidak takut hubungan yang mereka jalinkan terjejas akibat cakap-cakap orang?

“Saya tidak perlu takut jika hubungan yang dijalinkan terjejas. Saya sudah dewasa dan boleh menerima hakikat sekiranya hubungan kami tidak sampai ke jinjang pelamin. Saya juga tidak akan berasa kecewa sekiranya perkara itu terjadi. Sebab itu saya lebih mementingkan hal keluarga sekarang ini. Mengenai gambar-gambar perkongsian saya di laman sosial pula, saya juga seperti manusia biasa yang lain, rasa nak berkongsi gambar itu ada,”jelas Nora lagi.

Dalam perkembangan lain, Nora bakal memasuki set penggambaran filem terbaru lakonannya, ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ bersama dengan kumpulan Jambu. Penggambaran untuk filem tersebut bakal bermula pada 23 Februari ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED