Translate

04 April 2025

Lelaki ditemukan meninggal dunia di atas bumbung pasar di Pasir Puteh



Lelaki ditemukan meninggal dunia di atas bumbung pasar di Pasir Puteh

Bernama

04/04/2025


Mangsa yang ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan bertugas. - Foto Sinar Harian


KOTA BHARU: Lelaki berusia lingkungan 40-an ditemukan meninggal dunia di atas bumbung bangunan Pasar Siti Hajar, Pasir Puteh sekitar 5 pagi, hari ini.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Siti Nor Raihan Mohamed Harami berkata Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh menerima laporan berkaitan kejadian pada 4.59 pagi.

"Kami turut mendapat bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh serta menggunakan satu unit tangga dari Fire Response Vehicle," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa yang ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan bertugas.

Menurut Siti Nor Raihan, kes berkenaan kini dalam siasatan polis.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Alexandria viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 15 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Onana howlers give Lyon a draw with Man United as ' 16 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 16 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 17 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 17 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 17 mins ago
A visitor from Miami viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 17 mins ago
A visitor from Berlin viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 18 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 18 mins ago