Translate

04 April 2025

Kebakaran gas Putra Heights: KKM jamin keperluan perubatan di PPS optimum



Kebakaran gas Putra Heights: KKM jamin keperluan perubatan di PPS optimum

Bernama

04/04/2025


Dr Dzulkefly berkata langkah ini diambil bagi memastikan mangsa yang dikenal pasti mempunyai penyakit sedia ada menerima penjagaan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh penempatan mereka di PPS Masjid Putra Heights.


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan keperluan perubatan dan kesihatan mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, yang kini berada di pusat pemindahan sementara (PPS), berada dalam keadaan optimum.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah ini diambil bagi memastikan mangsa yang dikenal pasti mempunyai penyakit sedia ada menerima penjagaan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh penempatan mereka di PPS Masjid Putra Heights.

"Saya mendapati penjagaan kesihatan ini tidak tergendala, dan kami juga menggunakan MySejahtera yang memberi maklumat secara segera berkaitan ubat yang diperlukan oleh mangsa-mangsa ini.

"Selain itu, Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) memastikan sokongan emosi dan kestabilan mental mangsa dalam keadaan yang sejahtera," katanya kepada pemberita selepas melawat PPS Masjid Putra Heights, di sini hari ini.

Dzulkefly berkata seramai tujuh petugas dari klinik kesihatan daerah, 12 daripada MHPSS, dan tiga daripada pejabat kesihatan daerah memberikan perkhidmatan kesihatan di PPS tersebut. Mereka turut menerima sokongan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Setakat tengah hari ini, PPS Masjid Putra Heights menempatkan seramai 379 mangsa dari 97 keluarga keluarga.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 13 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 20 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah berikutan se' 21 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Najib ada kuasa tolak keputusan kewangan 1MDB - Sa' 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah berikutan se' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kasihan Ebby Yus, ditipu sampai lebur duit sumbang' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarter' 42 mins ago