Lelaki ditemukan meninggal dunia di atas bumbung pasar di Pasir Puteh
Bernama
04/04/2025

Mangsa yang ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan bertugas. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Lelaki berusia lingkungan 40-an ditemukan meninggal dunia di atas bumbung bangunan Pasar Siti Hajar, Pasir Puteh sekitar 5 pagi, hari ini.
Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Siti Nor Raihan Mohamed Harami berkata Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh menerima laporan berkaitan kejadian pada 4.59 pagi.
"Kami turut mendapat bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh serta menggunakan satu unit tangga dari Fire Response Vehicle," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mangsa yang ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan bertugas.
Menurut Siti Nor Raihan, kes berkenaan kini dalam siasatan polis.
-- BERNAMA