Translate

04 April 2025

PM Anwar sahkan calon Duta Besar Malaysia ke AS dapat perkenan Agong



PM Anwar sahkan calon Duta Besar Malaysia ke AS dapat perkenan Agong

Bernama

04/04/2025


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersalaman bersama jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Prima Saujana, Kajang hari ini. - Foto Bernama


KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan calon Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) yang baharu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Calon Duta Besar Malaysia ke AS yang baharu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Duta Besar Malaysia ke AS pada 10 Februari lepas.

Kerajaan masih belum membuat keputusan mengenai lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata calon berkenaan diperkenan selepas beliau mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda baru-baru ini.

"Ia akan mengikut proses (umum). Kalau boleh, sabar dulu dalam sehari dua ini," kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Prima Saujana di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pengganti Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dilaporkan telah menamatkan tempoh perkhidmatan dua tahunnya sebagai Duta Besar Malaysia ke AS pada 10 Feb lepas.

Mohamed Nazri mula memegang jawatan Duta Besar Malaysia ke AS pada 9 Feb 2023, dan menurut kenyataan Kementerian Luar, pelantikan beliau dibuat berdasarkan pengalaman luas sebagai anggota pentadbiran negara.

Anwar sebelum ini turut dilaporkan berkata kerajaan telah mengenal pasti calon baharu untuk jawatan berkenaan dan dalam proses mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada akan melanjutkan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki atau sebaliknya.

"Bila ada keputusan saya akan umum. Tengok bila, (kontrak) dekat nak habis. Beliau (Azam) belum habis lagi," kat Anwar ketika ditanya mengenai laporan media antarabangsa yang mendakwa kontrak Azam akan dilanjutkan selama enam bulan lagi.

Azam mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak Mac 2020 sebelum kontraknya dilanjutkan selama setahun pada 10 Mei 2023 dan setahun lagi pada tahun berikutnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh denga' 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Merdeka 118 jadi lokasi penggambaran filem Hollywo' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SPRM tahan ketua cawangan jabatan kerajaan di Kela' 43 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 52 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 53 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'ASEAN digesa tingkat pelaburan modal sektor swasta' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RM16 juta adalah derma kepada UMNO laksana program' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mungkin anda terkena serang' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 1 hr 8 mins ago