Translate

03 March 2025

Perkhidmatan funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun



Perkhidmatan funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun

Bernama

03/03/2025


PBBPP dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan funikular akan beroperasi semula pada 23 Jun. -Gambar fail/Sinar Harian


GEORGE TOWN: Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual tahunan kali kedua tahun ini, bermula 16 hingga 22 Jun.

Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan tahunan dari 16 hingga 22 Jun dan akan beroperasi semula pada 23 Jun.

Penyelenggaraan termasuk menukar 'bogie' bagi koc Mutiara dan pemeriksaan elektrik serta elektronik, di bawah pengawasan jurutera dari Switzerland.

Sepanjang tempoh penutupan, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan jip atau laluan mendaki untuk ke puncak Bukit Bendera.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan perkhidmatan funikular itu beroperasi semula pada 23 Jun.

"PBBPP menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama pada setiap tahun di bawah pengawasan jurutera pengeluar funikular dari Switzerland bagi memastikan sistem berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan keselamatan ketat.

"Penyelenggaraan berjadual tahunan kali kedua itu termasuk menukar 'bogie' bagi koc Mutiara dan pemeriksaan elektrik dan elektronik," menurut kenyataan itu.

Menurut PBBPP pihaknya juga menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem funikular secara harian, mingguan dan bulanan selain pemeriksaan turut dijalankan selepas waktu operasi.

Sepanjang tempoh penutupan, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan jip dikendalikan Persatuan Pemandu Perkhidmatan Jeep Bukit Bendera dengan menghubungi 012-4541255 atau menggunakan laluan mendaki untuk ke puncak Bukit Bendera.

Pengunjung boleh menghubungi PBBPP di 04-8288880 atau menerusi e-mel inquiries@penanghill.gov.my untuk pertanyaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'KLIA antara 10 lapangan terbang terbaik dunia deng' 11 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Buka PuasaTerbaik bawah RM99.00 - D'Saji Dew' 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran hutan dan ladang nanas kini cecah 113 he' 20 mins ago
A visitor from Kuala perlis viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 33 mins ago
A visitor from Kuala perlis viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 57 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 1 hr ago
A visitor from Melaka viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 1 hr 39 mins ago