Translate

03 March 2025

PM Anwar terima kunjungan delegasi pimpinan Muhammadiyah

 




PM Anwar terima kunjungan delegasi pimpinan Muhammadiyah

Bernama

03/03/2025


Anwar menerima kunjungan hormat delegasi pimpinan Muhammadiyah yang diketuai Ketua Umumnya Prof Dr Haedar Nashir. -Facebook


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi pimpinan Muhammadiyah, sebuah pertubuhan Islam dari Indonesia yang diketuai Ketua Umumnya Prof Dr Haedar Nashir.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi Muhammadiyah dari Indonesia, diketuai Prof Dr Haedar Nashir.

Mereka bertukar pandangan mengenai cabaran umat Islam dalam pendidikan, peradaban, dan geopolitik, serta membincangkan idea MADANI.

Pertemuan ini penting untuk mengeratkan hubungan Malaysia-Indonesia dan memperteguh keyakinan serta iktikad baik untuk terus bekerja keras.

Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata dalam pertemuan itu, mereka bertukar pandangan mengenai cabaran besar umat Islam khususnya dalam bidang pendidikan, peradaban serta perkembangan geopolitik semasa yang memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada rantau ini.

"Kami juga berbincang mengenai idea MADANI yang telah saya kemukakan peringkat awal di Festival Istiqlal di Jakarta dan bersama pemikir lain dalam mencari perspektif yang lebih tepat berbanding memakai istilah masyarakat sivil, supaya MADANI dipilih kerana ia sarat dengan nilai dan maknanya yang tersendiri.

"Di kesempatan ini juga saya singgung beberapa pengalaman silam dengan tokoh lama Muhammadiyah seperti Buya Hamka," katanya yang turut berkongsi beberapa keping gambar pertemuan itu.

Perdana Menteri dalam pada itu menyifatkan pertemuan berkenaan bukan sahaja penting dalam mengeratkan silaturahim antara Malaysia dan Indonesia, malah akan memperteguh keyakinan dan iktikad baik untuk terus berkerja kuat.

"Insya-Allah, saya percaya melalui kerja keras dan kemahuan yang tinggi, Malaysia dan Indonesia boleh berkerja rapat dalam mengisi harapan ini," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Philippines Senate launches investigation into Dut' 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'Philippines Senate launches investigation into Dut' 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Masih ada peniaga bazar Ramadan tidak letak tanda ' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed ''DEFIES LOGI' 21 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Aminuddin to defend PKR Vice-Presidency | BEST FBK' 47 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 53 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 1 hr 25 mins ago