Translate

16 March 2025

Isu 3R: Polis serah kertas siasatan aktivis kepada AGC esok



Isu 3R: Polis serah kertas siasatan aktivis kepada AGC esok

Bernama

16/03/2025


RAZARUDIN: Polis akan menyerahkan kertas siasatan terhadap seorang aktivis yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) esok. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Polis akan menyerahkan kertas siasatan membabitkan seorang aktivis yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain

Polis akan menyerahkan kertas siasatan terhadap seorang aktivis yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada esok hari.

Rakaman percakapan aktivis tersebut telah diambil, dan kes ini disiasat mengikut beberapa seksyen undang-undang termasuk Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Video yang dimuat naik di Instagram aktivis tersebut didakwa mengandungi kenyataan berunsur hasutan serta menyentuh isu agama, kaum, dan institusi diraja.

"Rakaman percakapan sudah diambil. Kertas siasatan akan dihantar ke Pejabat AGC esok untuk arahan selanjutnya," katanya secara ringkas ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Khamis lepas, media melaporkan bahawa polis membuka kertas siasatan terhadap aktivis berkenaan selepas dia disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan di Batu Kawan, Pulau Pinang, pada Rabu berhubung video yang tersebar di aplikasi WhatsApp, memaparkan kenyataan aktivis tersebut yang didakwa berunsur hasutan serta menyentuh isu agama, kaum, dan institusi diraja (3R), selain turut melibatkan pihak keselamatan dan Perdana Menteri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, tular video berdurasi sembilan minit di laman sosial aktivis terbabit didakwa membuat kenyataan jelik terhadap seorang pendakwah bebas selain mempersoalkan tindakan polis selepas pendakwah itu dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina agama lain.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former Harrods owner accused of s*xual assault by ' 1 min ago
A visitor from Putrajaya viewed '62 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa, Dipaksa Tekan Tubi 2' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '62 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa, Dipaksa Tekan Tubi 2' 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Your tim' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed '62 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa, Dipaksa Tekan Tubi 2' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed '| BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac |' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki ditahan tumbuk kepala penunggang motosikal ' 33 mins ago