Translate

16 March 2025

Petronas, Petros akan perinci butiran berkaitan peranan agregator gas



Petronas, Petros akan perinci butiran berkaitan peranan agregator gas

Bernama

16/03/2025


Petronas berkata usaha ini bertujuan untuk memastikan hak dan kepentingan semua pihak termasuk pelanggan akhir dan pelabur dipertimbangkan dengan sewajarnya.


KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak, serta Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berhubung butiran peranan masa depan Petros sebagai agregator gas negeri.

Dalam satu kenyataan, Petronas berkata usaha ini bertujuan untuk memastikan hak dan kepentingan semua pihak termasuk pelanggan akhir dan pelabur dipertimbangkan dengan sewajarnya.

"Pertimbangan yang paling utama akan diberikan untuk memastikan kepastian dalam iklim pelaburan," katanya ketika mengulas pertanyaan Bernama berhubung sebuah laporan berita yang menyatakan sebaliknya berhubung kemajuan kerjasama antara Petronas dan Petros.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata kerajaan Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak untuk memperincikan skop kerjasama antara Petros dan Petronas.

Beliau berkata perbincangan itu bertujuan untuk meneroka kerjasama yang akan dijalankan oleh kedua-dua syarikat melibatkan mana-mana projek baharu dalam apa jua bidang.

Pada Februari, Anwar berkata Petronas akan memenuhi semua obligasi berkontrak domestik dan antarabangsa manakala Petros akan bertindak sebagai agregator gas Sarawak berdasarkan peraturan negeri mengenai pengagihan gas yang berkuatkuasa pada 1 Mac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan peranan Petros sebagai agregator gas negeri, namun, ia tidak termasuk gas asli cecair.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PM Anwar minta Kementerian Ekonomi beri perhatian ' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri E' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 ta' 50 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Wanita Indonesia mati tertembak lebih 100 peluru d' 57 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Fahmi umum bertanding Naib Presiden PKR | BEST FBK' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 ta' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 ta' 1 hr 32 mins ago