Translate

16 March 2025

Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adegan tidak sesuai



Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adegan tidak sesuai

Bernama

15/03/2025


Sirajuddin berkata JAKIM sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan para seniman dan karyawan dalam menghasilkan kandungan yang bermanfaat serta mematuhi garis panduan agama. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Penerbit drama bersiri 'Bidaah' akur dengan teguran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bersedia memotong mana-mana adegan yang tidak sesuai untuk tontonan masyarakat di negara ini.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya menerusi Ahli Jawatankuasa Penapisan Media Berunsur Islam telah memanggil dan mengadakan pertemuan dengan penerbit 'Bidaah' serta meneliti kandungan drama itu merangkumi klip video episod yang mencetuskan kontroversi dan klip video episod yang belum ditayangkan untuk menilai kesan serta implikasi kandungannya.

"JAKIM telah membuat teguran dan memberikan penegasan kepada pihak produksi bahawa sebarang karya seni yang dihasilkan perlu selari dengan prinsip akidah, syariah dan akhlak serta tidak menimbulkan fitnah kepada ajaran Islam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JAKIM sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan para seniman dan karyawan dalam menghasilkan kandungan yang bermanfaat serta mematuhi garis panduan agama.

Sirajuddin berkata JAKIM juga menegaskan bahawa Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan pada 2015 merupakan rujukan utama bagi semua pihak dalam industri penyiaran.

"Islam tidak menolak kesenian, bahkan mengiktirafnya sebagai antara cara untuk mengekspresikan keindahan yang dianugerahkan Allah SWT dan dakwah kepada masyarakat.

"Namun, seni dalam Islam mesti mematuhi garis panduan syariah, membawa kepada kebaikan dan tidak melalaikan atau mempromosikan perkara yang bertentangan dengan nilai serta etika," katanya.

Terdahulu, tular dalam media sosial adegan Vanidah Imran sebagai Ummi Rabiatul yang menyentuh janggut Faizal Hussein sebagai Walid menggunakan kakinya sehingga menjadi perdebatan ramai dalam media sosial.

'Bidaah' mula ditayangkan menerusi platform penstriman Viu Malaysia pada 6 Mac lepas dan diarahkan oleh Pali Yahya serta diterbitkan produksi Rumah Karya Citra milik Erma Fatima.

Drama berkenaan berkisarkan kehidupan pengamal ajaran sesat, Walid yang telah tersebar di sebuah perkampungan dengan mengakui merupakan jelmaan Imam Mahdi kepada para pengikutnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'BEST FBKL' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'BEST FBKL' 1 hr 8 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC opens two investigation papers involving Sapu' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Anies 1, Prabowo 2 dan Gan' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 2 hrs 43 mins ago