Translate

16 March 2025

Polis sahkan wanita terjatuh jejambat berhampiran i-City



Polis sahkan wanita terjatuh jejambat berhampiran i-City

Bernama

15/03/2025


Polis mengesahkan kejadian seorang wanita dipercayai terjatuh daripada jejambat berhampiran i-City di Kilometer 6.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menghala ke Klang petang tadi.


SHAH ALAM: Polis mengesahkan kejadian seorang wanita dipercayai terjatuh daripada jejambat berhampiran i-City di Kilometer 6.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menghala ke Klang petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan pada 3.17 petang memaklumkan insiden seorang wanita terjatuh di kawasan berkenaan.

"Sejurus maklumat diterima, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) polis terus menghala ke tempat kejadian dan mendapati seorang wanita yang tidak dikenal pasti warganegaranya dalam keadaan terbaring di atas jalan raya.

"Wanita itu disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Shah Alam," katanya menerusi kenyataan.

Vijaya Rao berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh daripada jejambat itu ke atas jalan raya serta turut dilanggar oleh kenderaan awam.

Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu kertas siasatan telah dibuka.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Shaharuddin di talian 013-3736222.

Terdahulu tular di media sosial rakaman berdurasi 24 saat memaparkan seorang wanita terbaring di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'BEST FBKL' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'BEST FBKL' 1 hr 18 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC opens two investigation papers involving Sapu' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Anies 1, Prabowo 2 dan Gan' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 2 hrs 53 mins ago