Translate

17 March 2025

Batik Air kemas kini peraturan bawa 'power bank', perkenal larangan baharu serta-merta



Batik Air kemas kini peraturan bawa 'power bank', perkenal larangan baharu serta-merta

Bernama

17/03/2025


Batik Air akan memaparkan peringatan keselamatan di kaunter daftar masuk selain membuat pengumuman mengenainya semasa menaiki pesawat dan taklimat dalam penerbangan. - Gambar/ Bernama


KUALA LUMPUR: Malindo Airways Sdn Bhd (Batik Air) mengemas kini peraturan mengenai 'power bank' atau bank kuasa berkuat kuasa serta-merta, yang membolehkan penumpang untuk membawa maksimum sehingga dua yang perlu disimpan sendiri pada setiap masa dan tidak diletakkan dalam bagasi kabin.

Batik Air mengemas kini peraturan yang membenarkan penumpang membawa maksimum dua bank kuasa, yang perlu disimpan sendiri dan tidak diletakkan dalam bagasi kabin.

Bank kuasa tidak boleh disimpan dalam bagasi berdaftar untuk semua penerbangan Batik Air, mematuhi peraturan IATA.

Batik Air memperkenalkan polisi baharu untuk meningkatkan keselamatan dalam pesawat, termasuk larangan penggunaan bank kuasa dalam kabin dan pemeriksaan di kaunter daftar masuk.

Dalam kenyataan hari ini, katanya selain itu larangan untuk peranti itu disimpan dalam bagasi berdaftar adalah kekal melibatkan semua penerbangan Batik Air.

Menurut syarikat penerbangan itu polisi ini mematuhi peraturan barangan berbahaya oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), yang menetapkan bahawa bank kuasa yang dibawa dalam pesawat tidak boleh melebihi 100 watt-jam (Wh) atau 20,000 miliampere-jam (mAh).

Sebagai reaksi kepada kebimbangan mengenai keselamatan terbaharu mengenai bank kuasa, Batik Air telah memperkenalkan polisi yang dikemas kini untuk mengukuhkan langkah keselamatan dalam pesawat, katanya.

"Bagi menambah baik aspek keselamatan, penggunaan bank kuasa dalam kabin adalah dilarang. Penumpang turut dinasihatkan untuk berhati-hati apabila membawa bank kuasa auto-magnet kerana ia boleh menimbulkan risiko tambahan," menurut kenyataan itu.

Bagi memastikan kelancarannnya, Batik Air akan memaparkan peringatan keselamatan di kaunter daftar masuk selain membuat pengumuman mengenainya semasa menaiki pesawat dan taklimat dalam penerbangan.

Menurut kenyataan itu kakitangan bahagian daftar masuk akan memeriksa bank kuasa sebelum menaiki pesawat untuk mengesahkannya berada dalam keadaan baik dan mematuhi had Wh.

"Batik Air terus komited untuk mengekalkan piawaian keselamatan tertinggi dan pada masa sama memastikan pengalaman perjalanan yang lancar.

"Syarikat penerbangan ini juga menghargai kerjasama penumpang dalam mematuhi polisi yang dikemas kini, sejajar dengan amalan terbaik industri bagi meningkatkan langkah keselamatan dalam penerbangan," katanya.

Layari batikair.com.my/experience/baggage untuk maklumat lanjut mengenai polisi bank kuasa yang terkini dan garis panduan bagasi Batik Air.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Alleged gang members deported from US arrive in El' 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 22 mins ago
A visitor from Central viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan' 44 mins ago
A visitor from Sandakan viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 48 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Keputusan pemilihan CEC DAP tidak ada kaitan kedud' 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mo' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 58 mins ago