Translate

18 March 2025

Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mohon maaf - JAKIM



Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mohon maaf - JAKIM

Bernama

17/03/2025


JAKIM memaklumkan bahawa pertemuan tersebut turut disertai oleh pegawai dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Negeri Selangor. - Gambar fail/Wikipedia


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ainon Mohd susulan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

JAKIM menerusi kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan bahawa pertemuan tersebut turut disertai oleh pegawai dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

"JAKIM telah membuat teguran dan menggesa beliau menurunkan kenyataan tersebut serta menasihati agar berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan berunsur Islam serta merujuk kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat.

"Beliau bersetuju untuk menurunkan hantaran berkenaan daripada media sosial, mengemukakan permohonan maaf serta berjanji untuk tidak mengulangi perkara yang sama dan akan lebih berhati-hati dalam sebarang penulisan yang dihasilkan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, JAKIM menggesa semua pihak agar tidak mencetuskan kekeliruan dan kegelisahan awam dengan menimbulkan sebarang perkara yang boleh mencemarkan kemuliaan baginda sebagai utusan Allah SWT serta mengganggu keharmonian umat Islam di negara ini.

"JAKIM menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh para pemain industri penerbitan buku di Malaysia dalam mendidik umat melalui medium tersebut dan sebagai salah satu medium dakwah.

"JAKIM berharap semua pihak lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya menjadikan baginda Nabi Muhammad SAW sebagai sandaran tanpa asas yang kukuh demi menjaga kesucian nama serta martabat baginda sebagai utusan Allah SWT," katanya.

Terdahulu, polis telah menerima 13 laporan di seluruh negara berhubung hantaran yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook milik seorang penulis buku yang juga usahawan wanita, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah merujuk kes itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menurunkan hantaran tersebut daripada akaun Facebook wanita berkenaan kerana boleh mengelirukan pembaca.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'e-Ansuran LHDN boleh diakses di portal MyTax | BES' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 48 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan ada' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar ke' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 1 hr 40 mins ago