Translate

16 March 2025

Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 tahun boleh rosak negara - Anwar



Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 tahun boleh rosak negara - Anwar

Astro Awani

16/03/2025


Anwar menegaskan, proses itu akan dilaksana dengan rapi kerana ia memerlukan konsensus semua parti serta sokongan dua pertiga Ahli Parlimen. -Bernama


SHAH ALAM: Kerajaan sedia meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Kerajaan sedia meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, tetapi proses ini memerlukan konsensus semua parti dan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa reformasi ini tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa dan hanya akan diusul selepas kerajaan benar-benar bersedia.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berharap kerajaan dapat meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan, proses itu akan dilaksana dengan rapi kerana ia memerlukan konsensus semua parti serta sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

“Ada cadangan yang saya setuju seperti mengehadkan tempoh perdana menteri kepada 10 tahun, kerana kita tahu, kalau sampai 22 tahun, boleh rosak negara.

"Saya setuju tetapi kita perlu runding dapatkan dukungan semua parti supaya ada dua pertiga sokongan Ahli Parlimen.

"Jangan bimbang, kalau saya tidak mungkin lepas 10 tahun. Dua tahun pun sudah penat.

"Saya, PKR dan Pakatan Harapan bersetuju. Biar ada kesediaan, persetujuan dua pertiga, saya sendiri akan mulakan,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen IDCC, di sini, pada Ahad.

Bagaimanapun, Anwar berkata, perkara seberat itu hanya akan diusul selepas kerajaan benar-benar bersedia.

“Tapi jangan bawa usul kalau belum cukup dua pertiga sebab pembangkang, apa dia hendak kata pun kita tidak boleh percaya, sebab dia boleh ubah. Fatwanya boleh berubah ikut masa.

"Kalau kuasa mutlak pada saya, esok saya luluskan, tapi bezanya saya bukan diktator," ujarnya.

Terdahulu, Loke dalam ucapannya berharap, kerajaan dapat meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, janji itu terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum lalu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Profesional, warga emas jadi mangsa penipuan pelab' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Tiba Di Ibu Pejabat SPRM Untuk Sambun' 46 mins ago
A visitor from Osaka viewed 'Laporkan jika ada agamawan lakukan jenayah, langga' 48 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'A Great Place Where You' 1 hr 1 min ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - M' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Bayan lepas viewed 'Malaysia Full Cabinet List 2016 | BEST FBKL' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former Harrods owner accused of s*xual assault by ' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed '62 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa, Dipaksa Tekan Tubi 2' 1 hr 55 mins ago