Translate

15 March 2025

Penasihat agensi pelancongan ditahan cederakan remaja akibat salah faham



Penasihat agensi pelancongan ditahan cederakan remaja akibat salah faham

Bernama

15/03/2025

Seorang penasihat agensi pelancongan telah ditahan selepas disyaki mencederakan seorang pelajar sekolah menengah akibat perselisihan faham semasa memandu dalam kejadian di Saujana Impian, Kajang, pada Jumaat. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang penasihat agensi pelancongan telah ditahan selepas disyaki mencederakan seorang pelajar sekolah menengah akibat perselisihan faham semasa memandu dalam kejadian di Saujana Impian, Kajang, dekat sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.24 malam tadi daripada seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang mendakwa dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 2.15 petang akibat perselisihan faham ketika kedua-dua individu berkenaan sedang memandu di kawasan Saujana Impian.

"Akibat kejadian itu, remaja lelaki tersebut mengalami retak pada tulang batang hidung dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

"Siasatan juga mendapati remaja terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan telah dikenakan tindakan saman trafik," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Susulan kejadian itu, Naazron berkata, seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan di sekitar Kajang, Selangor, pada pukul 9.50 malam ini bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh sehingga menyebabkan kemudaratan kepada orang lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Insp E.N. Chalart Cinda di talian 017-9825510 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video berdurasi 34 saat yang memaparkan seorang pelajar lelaki berlumuran darah di bahagian hidung di dalam sebuah kereta selepas dipercayai dipukul oleh seorang individu.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Aminuddin to defend PKR Vice-Presidency | BEST FBK' 2 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 8 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 40 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 49 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 2 hrs 12 mins ago