Translate

15 March 2025

Penasihat agensi pelancongan ditahan cederakan remaja akibat salah faham



Penasihat agensi pelancongan ditahan cederakan remaja akibat salah faham

Bernama

15/03/2025

Seorang penasihat agensi pelancongan telah ditahan selepas disyaki mencederakan seorang pelajar sekolah menengah akibat perselisihan faham semasa memandu dalam kejadian di Saujana Impian, Kajang, pada Jumaat. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang penasihat agensi pelancongan telah ditahan selepas disyaki mencederakan seorang pelajar sekolah menengah akibat perselisihan faham semasa memandu dalam kejadian di Saujana Impian, Kajang, dekat sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.24 malam tadi daripada seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang mendakwa dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 2.15 petang akibat perselisihan faham ketika kedua-dua individu berkenaan sedang memandu di kawasan Saujana Impian.

"Akibat kejadian itu, remaja lelaki tersebut mengalami retak pada tulang batang hidung dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

"Siasatan juga mendapati remaja terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan telah dikenakan tindakan saman trafik," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Susulan kejadian itu, Naazron berkata, seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan di sekitar Kajang, Selangor, pada pukul 9.50 malam ini bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh sehingga menyebabkan kemudaratan kepada orang lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Insp E.N. Chalart Cinda di talian 017-9825510 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video berdurasi 34 saat yang memaparkan seorang pelajar lelaki berlumuran darah di bahagian hidung di dalam sebuah kereta selepas dipercayai dipukul oleh seorang individu.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Main isu kaum tindakan ‘desperado’, kononnya keraj' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis serah kertas siasatan aktivis kepada' 24 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet Buka PuasaTerbaik bawah RM99.00 - D'Saji Dew' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 51 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 54 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Khazanah Nasional to acquire INCJ's stake in EDOTC' 56 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Rangkuman Program-program Anwar Sekitar Semalam | ' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'DAP hasn't missed speaking out on any issue, Loke ' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 1 hr 31 mins ago