Translate

16 March 2025

Serangan udara AS-UK di Yaman ragut sekurang-kurangnya 31 nyawa - Houthi



Serangan udara AS-UK di Yaman ragut sekurang-kurangnya 31 nyawa - Houthi

Bernama

16/03/2025


AS melancarkan serangan udara ke atas Houthi di Yaman selepas Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa "api neraka akan menimpa" jika kumpulan itu meneruskan serangan ke atas kapal-kapal di Laut Merah. - Foto REUTERS


ANKARA/SANAA: Angka korban akibat serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) di beberapa bandar di Yaman pada Sabtu malam meningkat kepada 31 orang, manakala 101 yang lain cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Kumpulan Houthi pada Ahad.

Jurucakap kementerian Anis Al-Asbahi berkata: "Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pencerobohan AS yang menyasarkan kawasan kediaman di Sanaa, Saada, Al-Bayda, dan Rada'a pada Sabtu telah mengorbankan 31 orang dan mencederakan 101 yang lain, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita."

Beliau menambah bahawa angka itu masih bersifat sementara kerana usaha mencari mangsa masih diteruskan selepas beberapa siri serangan udara AS menyasarkan kawasan awam.

Asbahi mengecam serangan itu dengan menyifatkannya sebagai "jenayah perang penuh" yang menambah kepada "rekod jenayah pakatan kejahatan" serta "pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa."

Pada Sabtu, Kumpulan Houthi yang disokong Iran mengumumkan bahawa serangan udara AS-UK di Yaman telah mengorbankan 24 orang, dengan sekurang-kurangnya 23 lagi cedera.

Houthi sebelum ini memberi amaran kepada Israel pada 7 Mac supaya membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza dalam tempoh empat hari atau berdepan serangan maritim terhadap kapal-kapal berkaitan Israel.

AS melancarkan serangan udara ke atas Houthi di Yaman selepas Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa "api neraka akan menimpa" jika kumpulan itu meneruskan serangan ke atas kapal-kapal di Laut Merah.

Houthi telah menyerang kapal-kapal berkaitan Israel di Laut Merah dengan peluru berpandu dan dron sejak akhir 2023, menyebabkan gangguan kepada perdagangan global, sebagai tanda solidariti dengan Semenanjung Gaza.

Kumpulan itu menghentikan serangan selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas diumumkan pada Januari tetapi mengancam untuk menyambungnya semula apabila Israel menyekat semua bantuan ke Gaza pada 2 Mac.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Wyoming viewed 'KLIA antara 10 lapangan terbang terbaik dunia deng' 23 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 30 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tafsiran kuota kerusi Parlimen, pelantar ben' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 48 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 50 mins ago