Translate

14 March 2025

Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas



Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas

Bernama

14/03/2025


Ahmad Sukarno berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti ahli sindiket lain yang terlibat dan sumber bekalan bunga kanabis mempunyai nilai pasaran lebih tinggi berbanding daun kanabis. - Gambar X Bernama


KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan di sebuah rumah teres di kawasan perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga kanabis seberat kira-kira 42 kilogram (kg).

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata serbuan iti dilakukan kira-kira 7.25 petang pada Rabu.

Beliau berkata ketika serbuan kedua-dua lelaki itu, masing-masing berusia 33 dan 42 tahun sedang memindahkan bungkusan yang dianggar bernilai RM483,722 dari dalam rumah ke dalam sebuah kereta di garaj rumah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis menemukan dua bungkusan plastik hitam berisi bunga kanabis seberat 2.01 kg di tempat duduk penumpang belakang manakala 38 lagi bungkusan plastik hitam berisi 40.37 kg bunga ganja ditemukan dalam bonet.

"Siasatan lanjut mendapati rumah teres dua tingkat itu bukan milik suspek, sebaliknya disewa secara harian melalui platform dalam talian," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.

Ahmad Sukarno berkata pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek, polis menemukan dadah jenis kanabis dan methamphetamine dalam poket seluar mereka manakala ujian saringan air kencing suspek positif dadah.

"Semakan rekod jenayah mendapati suspek berusia 43 tahun mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan manakala seorang lagi tiada rekod jenayah.

"Kedua-duanya sudah terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak dua bulan lepas dan menerima bayaran antara RM1,000 hingga RM1,500 bagi setiap penghantaran," katanya.

Mereka kini direman tujuh hari bermula semalam hingga 19 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti ahli sindiket lain yang terlibat dan sumber bekalan bunga kanabis mempunyai nilai pasaran lebih tinggi berbanding daun kanabis.

Beliau berkata jumlah keseluruhan rampasan dadah itu mampu menampung penggunaan seramai 100,000 penagih dadah.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 16 secs ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta' 40 secs ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musn' 9 mins ago
A visitor from Cainta viewed 'Updates from The Hague hours before Duterte faces ' 10 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di ' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Program Repatriasi Migran dalam proses dilanjut – ' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh 'Scammers' Kena Cekup | BEST FBKL' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bunuh isteri dan bayi, Mahkamah Persekutuan kembal' 1 hr 23 mins ago