Translate

16 March 2025

Satu lagi lubang benam di Jalan Gua Musang-Lojing, laluan ditutup sepenuhnya

 




Satu lagi lubang benam di Jalan Gua Musang-Lojing, laluan ditutup sepenuhnya

Bernama

16/03/2025


Menurut Supt Sik Choon Foo, lubang benam terbaru awal pagi Sabtu berlaku dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands dan dianggarkan sedalam lima meter. - Foto JKR Gua Musang


KOTA BHARU: Satu lagi lubang benam berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok pada awal pagi semalam, hanya tujuh meter dari lokasi kejadian sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata laluan terbabit kini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan atas nasihat Jabatan Kerja Raya.

"Lubang benam ini berlaku dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands dan dianggarkan sedalam lima meter," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya yang ingin ke Cameron Highlands atau Ipoh, Perak supaya menggunakan laluan alternatif, iaitu melalui Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Tapah-Ipoh dan Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Cameron Highlands.

Polis mengingatkan kepada orang ramai agar berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini mengenai kerja-kerja pembaikan.

Pada November tahun lepas, satu kejadian lubang benam sedalam enam meter berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang-Lojing dan sebulan selepas itu, berlaku kejadian lubang benam kedua yang mencecah kedalaman sembilan meter, hanya lima meter dari lokasi pertama.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 24 secs ago
A visitor from Batu caves viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 ta' 40 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Wanita Indonesia mati tertembak lebih 100 peluru d' 47 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Fahmi umum bertanding Naib Presiden PKR | BEST FBK' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 ta' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 ta' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 58 mins ago