Translate

15 March 2025

Op Birth: Pengamal undang-undang ditahan disyaki bantu sindiket daftar kelahiran



Op Birth: Pengamal undang-undang ditahan disyaki bantu sindiket daftar kelahiran

Bernama

15/03/2025


Pada Rabu lepas, SPRM dilaporkan menahan 16 individu terdiri daripada seorang penjawat awam, seorang pengamal perubatan bergelar Datuk Seri, seorang pengamal undang-undang serta beberapa ejen dan pemohon daftar kelahiran.


KUALA LUMPUR: Seorang pengamal undang-undang wanita yang ditahan sebelum ini berhubung kegiatan rasuah berkaitan pendaftaran lewat kelahiran disyaki berperanan memproses dokumen bagi permohonan sijil kelahiran selepas menerima bayaran daripada pemohon.

Menurut sumber, pemohon akan membayar sejumlah wang sebelum pengamal undang-undang terbabit mula menguruskan dokumen berkaitan permohonan sijil kelahiran bayi.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas tujuh surat kelahiran serta satu kad rawatan bayi dalam serbuan tersebut.

"Setakat ini, tiada pembekuan akaun bank dilakukan, namun jumlah wang rasuah yang terlibat dianggarkan sebanyak RM49,000," katanya.

Pada Rabu lepas, media melaporkan SPRM telah menahan 16 individu terdiri daripada seorang penjawat awam, seorang pengamal perubatan bergelar Datuk Seri, seorang pengamal undang-undang serta beberapa ejen dan pemohon daftar kelahiran.

Kesemua suspek berusia antara 20-an hingga 70-an ditahan antara pukul 11 pagi hingga 8 malam menerusi Op Outlander dan Op Birth yang dijalankan di sekitar Lembah Klang dan Johor pada Selasa lepas kerana disyaki menerima dan memberi rasuah, termasuk menyediakan serta mengemukakan dokumen pengesahan kelahiran palsu dari tahun 2013 hingga 2018 serta 2023 hingga 2025.

Seramai 12 individu telah direman antara empat hingga lima hari sehingga 16 Mac ini, manakala empat lagi individu, termasuk seorang pengamal perubatan bergelar Datuk Seri telah dilepaskan dengan jaminan SPRM atas faktor kesihatan selepas keterangan mereka selesai dirakam.

Pada Khamis, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dilaporkan berkata bahawa bagi Op Outlander, suspek utama dalam siasatan tersebut ialah seorang penjawat awam yang disyaki melakukan perbuatan terbabit dengan membantu permohonan pendaftaran lewat kelahiran, iaitu bagi kelahiran yang melebihi tempoh 60 hari selepas kelahiran.

"Dipercayai pengamal perubatan bergelar Datuk Seri yang memiliki beberapa klinik dan pusat bersalin berperanan mengeluarkan dokumen pengesahan kelahiran palsu," katanya.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media Khamis mendedahkan bahawa satu sindiket telah dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual di pasaran gelap.

Saifuddin Nasution berkata modus operandi sindiket itu melibatkan beberapa individu yang bertindak sebagai pemaklum kelahiran dengan mengemukakan dokumen kelahiran palsu yang direka untuk menyerupai pengesahan rasmi daripada fasiliti kesihatan swasta berdaftar.

Beliau berkata sijil kelahiran sah yang dikeluarkan oleh JPN itu kemudian dipercayai dijual kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan tanpa pengenalan diri atau kewarganegaraan Malaysia.

Katanya sindiket terbabit dipercayai telah beroperasi selama lebih tiga tahun dan berjaya mendapatkan lebih 80 sijil kelahiran melalui modus operandi itu.

Ia juga disyaki mempunyai rangkaian dalam dan luar negara serta terbabit dalam aktiviti penyeludupan kanak-kanak dari luar negara.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'DAP staunch ally but never 'yes-man' party, Guan E' 2 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed '‘Your tim' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Your tim' 17 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rangkuman Program-program Anwar Sekitar Semalam | ' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago