Translate

17 March 2025

Imigresen Kelantan tahan 35 pendatang tanpa izin



Imigresen Kelantan tahan 35 pendatang tanpa izin

Bernama

16/03/2025


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh semalam. - Gambar fail/BERNAMA


KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh semalam.

Pengarah JIM Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata tahanan itu melibatkan warga Indonesia, Bangladesh dan Myanmar berumur antara 13 hingga 58 tahun.

Beliau berkata penahanan itu hasil risikan bahagian penguat kuasa imigresen dengan membabitkan 13 pegawai bagi menjayakan operasi yang dijalankan sekitar 2 pagi itu.

"Menerusi operasi itu kita menahan 24 lelaki, sembilan perempuan dan dua remaja lelaki warga Indonesia. Kesemua kanak-kanak ditahan bersama ibu dan bapa masing-masing.

"Kesemua warga asing ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c), Seksyen 15 (1) (c) dan Seksyen 56 (1) (l) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan hari ini.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Aminuddin to defend PKR Vice-Presidency | BEST FBK' 2 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 8 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 40 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 49 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 2 hrs 12 mins ago