Translate

17 March 2025

Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - Mohamed Khaled



Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - Mohamed Khaled

Bernama

17/03/2025


Mohamed Khaled ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kem Paradise Kota Belud. - Foto BERNAMA


KOTA BELUD: Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ia termasuk penyelenggaraan, pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), kemudahan asas di kem sempadan, pembinaan tiga pos baharu, dan keperluan projek lain yang melibatkan tentera darat serta laut.

"Peruntukan itu, antaranya untuk Kem Paradise, Kem Felda Sahabat Lahad Datu, dan Kem Lok Kawi, termasuklah membina klinik kesihatan dan klinik pergigian," katanya kepada kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama warga Kem Paradise di sini pada Ahad.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat Left Jen Datuk Mohd Sofi Md Lepi, dan Panglima Divisyen Kelima Infantri Mej Jen Datuk Noorrul Azril Ariffin.

Mengulas mengenai majlis itu, Mohamed Khaled berkata ia adalah untuk menyantuni warga pertahanan selain meringankan beban anggota tentera yang memerlukan, khususnya dalam mengurus kehidupan seharian.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM500 secara sekali bayar kepada 20 pesakit kronik yang terdiri daripada anggota tentera serta ahli keluarga mereka.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Aminuddin to defend PKR Vice-Presidency | BEST FBK' 2 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 8 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 40 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 49 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 2 hrs 12 mins ago