Translate

17 March 2025

Profesional, warga emas jadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto



Profesional, warga emas jadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto

Bernama

17/03/2025


Ramli (foto) berkata keterujaan golongan itu melabur dalam mata wang kripto semata-mata bagi mendapatkan pulangan lumayan dijanjikan mendedahkan mereka kepada risiko penipuan. -Gambar fail/Bernama


KUALA TERENGGANU: Penipuan pelaburan mata wang kripto dikenal pasti antara trend terbaharu yang menyumbang kepada peningkatan kes dan kerugian membabitkan jenayah komersial dengan golongan profesional dan warga emas antara yang turut menjadi mangsa.

Penipuan pelaburan mata wang kripto menjadi trend terbaharu yang menyumbang kepada peningkatan kes jenayah komersial, dengan golongan profesional dan warga emas antara mangsa utama.

Ramai warga emas teruja melabur dalam mata wang kripto kerana pulangan lumayan yang dijanjikan, tetapi akhirnya menjadi mangsa penipuan.

Jenayah penipuan dalam talian (phone scam) juga meningkat, menyebabkan mangsa terutama warga emas mengalami kerugian wang ringgit dan kesan mental.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata keterujaan golongan itu melabur dalam mata wang kripto semata-mata bagi mendapatkan pulangan lumayan dijanjikan mendedahkan mereka kepada risiko penipuan.

"Kadang-kadang kita pada peringkat warga emas berumur 60 tahun ke atas janganlah terlampau teruja untuk labur dalam mata wang kripto.

"Ada yang gunakan wang simpanan dan pinjam daripada orang lain sebab tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan.

"Baru-baru ini ada (individu) yang berumur 74 tahun jadi mangsa puluhan juta (ringgit), kononnya bila lihat nilai mata wang kripto memang satu coin boleh dapat RM400,000, beli tiga dan empat coins dapat lagi banyak.

"Padahal ia tidak dilaburkan pun, hanya penipuan semata-mata tapi orang tetap percaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini.

Selain itu, Ramli berkata jenayah penipuan dalam talian (phone scam) yang merupakan kedua tertinggi direkodkan dalam statistik jenayah komersial, juga menyebabkan mangsa terutama warga emas terkesan secara mental selain mengalami kerugian wang ringgit, hanya disebabkan panggilan telefon selama beberapa minit.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa termasuk polis atau Lembaga Hasil Dalam Negeri mahupun Bank Negara Malaysia tidak bekerja menerusi satu panggilan yang bersambung seperti yang dibuat oleh sindiket.

"Saya nak ingatkan tiada cara kononnya dapat panggilan daripada syarikat kurier, kemudian sambung ke polis, ke pihak bank dan ke jabatan audit hanya dalam satu panggilan telefon. Ini pun orang percaya.

"Sebagai warga yang patuh pada undang-undang, jangan takut dan jangan percaya...kalau tak boleh rugi jutaan ringgit," katanya.

Dalam pada itu, Ramli berkata perkembangan teknologi terutama dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyumbang kepada peningkatan kes jenayah komersial di seluruh negara setiap tahun.

"Tahun lepas sahaja sebanyak 41,701 kertas siasatan dibuka membabitkan kesalahan jenayah komersial dengan nilai kerugian RM3.1 bilion.

"Banyak jenayah ini dikatakan sebagai cyber-enable atau cyber-dependent. Ia menjadi ke depan berbanding jenayah konvensional berbentuk fizikal," katanya

Beliau juga berkata lebih banyak kes jenayah komersial secara sindiket berlaku di negeri dengan kepadatan penduduk yang tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dengan kebanyakannya beroperasi di kondominum mewah yang disewa atau dibeli.

Ramli berkata pihaknya telah melakukan 23,000 tangkapan berkualiti membabitkan sindiket pada tahun lepas dan itu adalah satu fenomena yang ditunjukkan oleh JSJK.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 6 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 14 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 32 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Bandar puncak alam viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 22 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 5 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 47 mins ago