Translate

14 March 2025

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah



Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah

Bernama

14/03/2025


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang RM30,000, enam tahun lepas.

Bekas pengerusi JMB Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasik Selatan 1, Hashim Saad, 61, bekas setiausahanya Mohammad Abu Dzar Abu Samah, 37, dan bekas bendaharinya Rohana Mohd Aroff, 59, didakwa melakukan pecah amanah wang RM30,000 milik JMB itu yang diamanahkan kepada mereka untuk kegunaan sendiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat JMB Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasik Selatan 1, Cheras, di sini pada 10 Julai 2019.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Inspektor M. Alli Nangai menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Peguam Gursharonjit Kaur, Luqman Hakim Azhar dan Shahir Ab Razak, masing-masing mewakili Hashim, Rohana dan Mohammad Abu Dzar memohon jaminan rendah atas alasan anak guam mereka telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan dan tidak berisiko untuk melarikan diri.

Majistret M.S Arunjothy membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 April ini bagi sebutan semula kes.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 2 secs ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta' 26 secs ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musn' 9 mins ago
A visitor from Cainta viewed 'Updates from The Hague hours before Duterte faces ' 10 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di ' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Program Repatriasi Migran dalam proses dilanjut – ' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh 'Scammers' Kena Cekup | BEST FBKL' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bunuh isteri dan bayi, Mahkamah Persekutuan kembal' 1 hr 23 mins ago