Translate

17 March 2025

KLIA antara 10 lapangan terbang terbaik dunia dengan skor hampir sempurna



KLIA antara 10 lapangan terbang terbaik dunia dengan skor hampir sempurna

Bernama

17/03/2025


KLIA mendapat skor hampir sempurna 4.99 daripada lima, mengukuhkan kedudukannya sebagai hab penerbangan global terkemuka. -Gambar fail/Dagang News


KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024 untuk lapangan terbang yang mengendalikan lebih 40 juta penumpang setiap tahun.

KLIA disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024.

KLIA mendapat skor hampir sempurna 4.99 daripada lima, mengukuhkan kedudukannya sebagai hab penerbangan global terkemuka.

KLIA sedang menjalani naik taraf utama untuk memperbaiki pengalaman penumpang menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), lapangan terbang itu mendapat skor yang hampir sempurna iaitu 4.99 daripada lima oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI), yang mewakili kepentingan bersama untuk lapangan terbang di seluruh dunia bagi mempromosikan kecemerlangan dalam industri penerbangan.

ASQ berfungsi sebagai penanda aras utama yang berasaskan data untuk kecemerlangan lapangan terbang, mengukur kepuasan penumpang dalam bidang-bidang utama seperti keselamatan, perkhidmatan, kemudahan, dan kebersihan.

Kejayaan itu mengukuhkan kedudukan KLIA sebagai hab penerbangan global terkemuka, kata MAHB dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Mohd Izani Ghani berkata kedudukan KLIA yang konsisten di antara 10 lapangan terbang terbaik ASQ sejak 2022 merupakan bukti komitmen lapangan terbang berkenaan terhadap penambahbaikan yang berterusan.

"Prestasi kukuh KLIA mencerminkan fokus kami untuk meningkatkan pengalaman di lapangan terbang melalui penyelesaian yang inovatif dan kemudahan yang dipertingkat. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada komuniti lapangan terbang KLIA yang berdedikasi dan pihak berkepentingan yang menjadi penggerak utama di sebalik kemajuan kami.

"Dengan pemegang saham baharu kami yang memberi penekanan kuat terhadap kecemerlangan dalam perkhidmatan, kami yakin usaha ini akan terus meningkatkan kedudukan kami dalam ranking global akan datang," katanya.

Beberapa elemen utama telah menyumbang kepada kejayaan KLIA, yang kesemuanya direka untuk meningkatkan keselesaan dan kemudahan penumpang, termasuk suasana yang mesra, kawasan tempat duduk yang diperluas, stesen pengecasan yang dinaik taraf, serta Wi-Fi yang pantas dan boleh dipercayai.

Penumpang juga memberikan penilaian yang tinggi terhadap kebersihan luar biasa di lapangan terbang, terutamanya tandas, yang turut meningkatkan lagi pengalaman perjalanan.

Selain daripada kemudahan yang disediakan, kakitangan KLIA yang berdedikasi juga dipuji kerana kemesraan dan keprihatinan mereka, sekali gus mempamerkan hospitaliti Malaysia pada tahap terbaik.

Sebagai persediaan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, MAHB berkata KLIA sedang menjalani naik taraf utama untuk memperbaiki lagi pengalaman penumpang, termasuk kawasan tempat duduk terminal yang diperluas, surau yang telah diubah suai, dan troli bagasi generasi akan datang.

Ia berkata penumpang juga boleh menjangkakan perkhidmatan kereta bugi yang dipertingkat, kiosk daftar masuk kendiri dan penghantaran bagasi, serta ciri-ciri baharu yang mesra keluarga seperti Zon Kanak-Kanak Taman Permainan Orang Utan, kerusi roda, kereta sorong bayi, dinding warisan, dan tempat letak kereta keluarga.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 4 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 5 hrs 24 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'AMAN SHAH - The Real Story Behind The Malaysian "O' 5 hrs 28 mins ago
A visitor from Bandar baru bangi viewed 'Tiada lagi tindakan MCMC terhadap trio DJ Era FM, ' 5 hrs 52 mins ago
A visitor from Anuradhapura viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 6 hrs 6 mins ago