Translate

18 March 2025

Pelajar IPT cedera parah ditikam rakan lelaki



Pelajar IPT cedera parah ditikam rakan lelaki

Bernama

17/03/2025


Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi, mangsa dalam perjalanan ke perpustakaan bersama rakan-rakannya sebelum ditikam suspek sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian belakang badannya. - Gambar hiasan


SUNGAI PETANI: Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun cedera parah akibat ditikam rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institut pengajian tinggi (IPT) dekat sini, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi, mangsa dalam perjalanan ke perpustakaan bersama rakan-rakannya sebelum ditikam suspek sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian belakang badannya.

Suspek berusia 19 tahun turut mengalami kecederaan pada tangan disyaki akibat pergelutan dengan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan Azharuddin Wan Ismail ketika dihubungi Bernama malam ini mengesahkan penahanan suspek.

"Susulan laporan kejadian dibuat pihak keselamatan universiti berkenaan pagi tadi, kita berjaya menahan suspek semasa dia mendapatkan rawatan di klinik kampus.

"Mangsa pula dilaporkan dalam keadaan sedar dan stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)," katanya.

Katanya lagi kes disiasat mengikut Seksyen 324/326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Top Ramadan 2024 Buka Puasa Buffet's in Kuala Lump' 15 mins ago
A visitor from Kampong ulu jurong viewed 'KLIA ranks among top 10 airports globally with nea' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed '15 warga Bangladesh cuba bolos sebagai pemain krik' 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Elon Musk STUNS Senator With New DOGE Update (Full' 36 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'e-Ansuran LHDN boleh diakses di portal MyTax | BES' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 2 hrs 12 mins ago