Translate

18 March 2025

15 warga Bangladesh cuba bolos sebagai pemain kriket ditahan di KLIA



15 warga Bangladesh cuba bolos sebagai pemain kriket ditahan di KLIA

Bernama

18/03/2025


AKPS menahan 15 lelaki warga Bangladesh ditahan dalam pemeriksaan di KLIA pada Isnin. -Sinar Harian


PUTRAJAYA: Sebanyak 15 lelaki warga Bangladesh yang cuba memasuki negara ini dengan menyamar sebagai pasukan kriket, ditahan dalam satu pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Sebanyak 15 lelaki warga Bangladesh ditahan di KLIA kerana cuba memasuki Malaysia dengan menyamar sebagai pasukan kriket menggunakan surat penganjuran kejohanan palsu.

Pemeriksaan lanjut mendapati tiada bukti kukuh mereka pemain kriket dan berkemungkinan mereka sebahagian daripada sindiket yang cuba menyalahgunakan visa sukan.

AKPS memutuskan kumpulan tersebut tidak dibenarkan mendarat dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peraturan imigresen yang berkuat kuasa.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) memaklumkan, kumpulan berkenaan cuba mengaburi mata pegawai agensi itu dengan berpakaian seragam sukan kriket dan mengemukakan surat penganjuran kejohanan.

Bagaimanapun, menurut AKPS hasil siasatan mendapati surat yang kononnya dikeluarkan Persatuan Kriket Pulau Pinang itu, adalah palsu.

"Tiada sebarang kejohanan kriket dijadualkan berlangsung dari 21 Mac hingga 23 Mac 2025 seperti tercatat," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

AKPS memaklumkan lebih mencurigakan lagi apabila mereka cuba mendapatkan seorang penaja sebagai penjamin.

"Namun, 'penjamin' yang hadir mengaku tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kejohanan kriket tersebut dan hanya hadir sebagai wakil syarikat," menurut kenyataan itu.

Kenyataan AKPS itu memaklumkan pemeriksaan lanjut mendapati tiada bukti kukuh mereka pemain kriket dan berkemungkinan mereka sebahagian daripada sindiket yang cuba menyamar sebagai pemain kriket untuk memasuki Malaysia atas tujuan lain.

Menurut kenyataan itu keputusan diambil agar kumpulan terbabit tidak dibenarkan mendarat (NTL) dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peraturan imigresen yang berkuat kuasa.

"AKPS turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu atau sindiket yang cuba menyalahgunakan visa sukan untuk tujuan berbeza seperti bekerja secara tidak sah atau pemerdagangan manusia," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit opens higher ahead of US interest rate dec' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki Rugi Lebih RM500,000 | BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki tampar ketika Ramadan diberi DNAA, kes diru' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Alleged gang members deported from US arrive in El' 12 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 13 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'First day of Lady Gaga concert ticket presales see' 26 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Israel bunuh lebih 400 orang di Gaza, gencatan sen' 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Fahmi optimis pemilihan PKR seiring hala tuju part' 47 mins ago