Translate

28 June 2019

SEORANG bapa durjana tergamak bersubahat bersama rakannya merogol anak perempuan kandungnya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU)


Bapa durjana!




MyMetro












Dziyaul Afnan Abdul Rahman

am@hmetro.com.my







SEORANG bapa durjana tergamak bersubahat bersama rakannya merogol anak perempuan kandungnya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) pembelajaran dalam dua kejadian berbeza di Arau pada pertengahan Mei lalu.




Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, perkara itu diceritakan sendiri oleh mangsa yang berusia 28 tahun kepada jirannya di sebuah lokasi sebelum mangsa dan jirannya membuat laporan polis, semalam.







Menurutnya, susulan itu, bapa mangsa berusia 61 tahun dan rakannya berusia 53 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.







“Menurut keterangan mangsa, bapanya merogol dia di rumah mereka pada 8.30 malam pada Mei lalu.




“Kemudian pada bulan yang sama, mangsa dibawa oleh rakan bapanya ke sebuah kebun sebelum rakan suspek bertindak merogolnya di dalam kebun berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.




Noor Mushar berkata, difahamkan suspek bersubahat dengan rakannya bagi melakukan perbuatan berkenaan terhadap anak perempuannya.




“Mangsa tidak tahu untuk melaporkan perkara berkenaan kepada sesiapa selain dia juga tidak mampu bertutur dengan jelas.




“Malah keadaan ibu dan adik mangsa juga berstatus OKU pembelajaran sepertinya, secara tidak langsung menyukarkan lagi keadaan mangsa yang seolah-olah berada dalam keadaan tersepit,” katanya.




Beliau berkata, arahan pemeriksaan khusus di hospital sudah dikeluarkan ke atas mangsa untuk tujuan pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.




“Hasil laporan awal perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.







Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 2:50 PM




see more

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'KL court official called back to court for trial |' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '3 Beranak Antara 5 Maut Nahas 4 Kenderaan | BEST F' 10 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Ibrahimovic released by Manchester United - Premie' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan penceramah bebas, disyaki muat naik ha' 24 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Two reports of incidents of rape and sodomy involv' 25 mins ago
A visitor from Miami viewed 'BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Ramadan 2017 Berbuka Puasa With Seri Pacific Hotel' 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Polis tahan penceramah bebas, disyaki muat naik ha' 31 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Terengganu umum Ahad hari kelepasan am' 33 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Ringgit dibuka tinggi berikutan ketidaktentuan das' 33 mins ago