Translate

18 March 2025

Polis bongkar makmal dadah, rampas RM14.46 juta



Polis bongkar makmal dadah, rampas RM14.46 juta

Bernama

18/03/2025


M Kumar (tengah) menunjukkan gambar suspek yang ditahan berhubung pembongkaran tiga makmal dadah dan sebuah kilang melalui lima serbuan sekitar Iskandar Puteri dan Seri Alam pada sidang media di IPD Iskandar Puteri hari ini. -- fotoBERNAMA


ISKANDAR PUTERI: Polis membongkar tiga makmal memproses dadah selepas menahan tujuh lelaki membabitkan nilai rampasan keseluruhan RM14.46 juta dalam lima serbuan di Iskandar Puteri dan Seri Alam pada 6 hingga 11 Mac lepas.

Polis membongkar tiga makmal memproses dadah dan menahan tujuh lelaki dalam lima serbuan di Iskandar Puteri dan Seri Alam, dengan nilai rampasan keseluruhan RM14.46 juta.

Suspek terdiri daripada lima warga tempatan dan dua warga Taiwan, dengan tiga daripadanya dipercayai ahli kimia yang belajar sendiri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, dan kesemua suspek direman sehingga Khamis ini.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata dalam operasi khas itu, pihaknya turut berjaya membongkar sebuah kilang yang dijadikan tempat penyimpanan pelbagai bahan dan peralatan memproses dadah di sebuah kawasan perindustrian di sini.

Beliau berkata tujuh lelaki itu terdiri daripada lima warga tempatan dan dua warga Taiwan berusia 25 hingga 40 tahun.

"Tiga daripada suspek yang ditahan dipercayai ahli kimia (membuat dadah), namun mereka ini bukan ahli kimia bertauliah, tetapi belajar sendiri dan kita sedang buat siasatan lanjut.

"Sindiket ini dipercayai mengedar untuk pasaran antarabangsa dan aktif sejak Julai tahun lepas, dengan menggunakan rumah teres dan banglo berpagar serta berkawal di Johor Jaya dan Seri Alam sebagai makmal memproses dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di sini hari ini.

Kumar berkata secara keseluruhan 42.5 kilogram (kg) serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 182.8kg syabu bernilai RM12.94 juta dirampas.

"Turut dirampas pelbagai peralatan dan mesin memproses dadah serta tiga kereta, sebuah lori, pelbagai barang kemas dan tiga akaun bank disita dengan nilai keseluruhan termasuk dadah dianggarkan RM14.46 juta," katanya.

Kumar berkata hasil saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif daripada sebarang jenis dadah, manakala tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek direman sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuching viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 13 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 25 mins ago
A visitor from Bayan lepas viewed 'Gobind Singh berpotensi teruskan legasi politik Ka' 31 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang senarai 10 projek keutamaan permohona' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih se' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong ' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 1 hr 4 mins ago