Translate

18 March 2025

Insiden tampar: Warga emas diambil keterangan



Insiden tampar: Warga emas diambil keterangan

Bernama

18/03/2025


Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata pihaknya turut mengambil keterangan beberapa saksi termasuk anak lelaki warga emas terbabit. -Gambar fail/Bernama


ISKANDAR PUTERI: Polis telah mengambil keterangan lelaki warga emas berumur 65 tahun yang dipercayai menampar seorang lelaki bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah, semalam.

Polis telah mengambil keterangan lelaki warga emas yang dipercayai menampar seorang lelaki bukan Muslim di kedai serbaneka, serta beberapa saksi termasuk anak lelaki warga emas tersebut.

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar menyatakan insiden ini adalah terpencil dan menasihati orang ramai agar tidak mencetuskan spekulasi kerana kes masih dalam siasatan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mengutuk insiden tersebut sebagai tindakan provokasi yang tidak mencerminkan semangat perpaduan negara berbilang kaum.

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata pihaknya turut mengambil keterangan beberapa saksi termasuk anak lelaki warga emas terbabit.

"Kertas siasatan kes dijangka dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum Jumaat ini. Mangsa juga telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Keterangan doktor juga akan diambil.

"Insiden seperti ini adalah terpencil, bukan biasa berlaku di negara kita sebab negara kita sangat mengutamakan toleransi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di sini hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mencetuskan sebarang spekulasi memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

"Jangan ambil tindakan undang-undang di tangan sendiri, ada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugas dan orang awam boleh salur maklumat (sekiranya ada apa-apa berlaku)," katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang berusia 21 tahun berhubung kejadian itu pada 9.08 malam, Ahad.

Balveer Singh dipetik berkata dalam insiden pada 3.45 petang hari sama, pengadu yang ketika itu sedang makan mendakwa dirinya telah ditampar dua kali pada pipi sebelah kanan oleh lelaki tidak dikenali selepas ditanyakan tentang agamanya selain diminta menunjukkan MyKad sebagai bukti.

Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata insiden itu disifatkan sebagai tindakan provokasi selain tidak mencerminkan semangat perpaduan serta keharmonian negara berbilang kaum.

Menurut Aaron, tindakan itu harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.

Insiden itu juga tular dalam media sosial menerusi dua video berdurasi 32 dan 44 saat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 4 hrs 31 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 42 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 15 mins ago