Translate

18 March 2025

Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasuah rakan penguat kuasa



Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasuah rakan penguat kuasa

Bernama

18/03/2025


Seorang anggota JPJ dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 atas lapan pertuduhan memberi rasuah kepada anggota JPJ lain. -Gambar hiasan


MELAKA: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas lapan pertuduhan memberi rasuah, enam tahun lepas.

Seorang anggota JPJ dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 atas lapan pertuduhan memberi rasuah kepada anggota JPJ lain.

Kesalahan dilakukan antara Januari 2019 hingga Disember 2020, melibatkan rasuah berjumlah RM4,250 untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang membawa lebih muatan.

Hukuman penjara berjalan serentak, dan peguam memohon penangguhan hukuman untuk memfailkan rayuan, dengan jaminan dinaikkan kepada RM22,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Che Fadzlie Izwan Che Johari, 38, selepas dia didapati bersalah melakukan kesalahan itu.

Mengikut pertuduhan, Che Fadzlie Izwan didakwa memberi rasuah berjumlah RM4,250 kepada anggota JPJ lain sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan membawa lebih muatan.

Kesalahan itu dilakukan dalam lapan perjumpaan berasingan di JPJ dalam daerah Melaka Tengah antara Januari 2019 hingga Disember 2020 dan pertuduhan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.

Hakim Elesabet menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula pada hari ini.

Peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh yang mewakili Che Fadzlie Izwan memohon penangguhan hukuman penjara dan denda bagi membolehkan anak guamnya memfailkan rayuan.

Hakim Elesabet membenarkan permohonan penangguhan hukuman dengan syarat notis rayuan perlu difailkan hari ini dan jaminan terhadap lelaki itu dinaikkan kepada RM22,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Asraf Mohamed Tahir.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Driver Honda Tunjuk Samseng | BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Penerangan PM Anwar Ibrahim mengenai Aktiviti Petr' 11 mins ago
A visitor from Bangkok viewed 'Bella wanita luar biasa - Syed Saddiq | BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '“ Saya Hanya Minta Kebenaran”- Syed Saddiq | BEST ' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selangor umum BKK tambahan setengah bulan gaji unt' 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Bella wanita luar biasa - Syed Saddiq | BEST FBKL' 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kabinet setuju meterai perjanjian pencarian MH370 ' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM kecam perbuatan tampar bukan Muslim | BEST FBKL' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bella wanita luar biasa - Syed Saddiq | BEST FBKL' 57 mins ago