Translate

03 March 2025

Perkhidmatan funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun



Perkhidmatan funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun

Bernama

03/03/2025


PBBPP dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan funikular akan beroperasi semula pada 23 Jun. -Gambar fail/Sinar Harian


GEORGE TOWN: Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual tahunan kali kedua tahun ini, bermula 16 hingga 22 Jun.

Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan tahunan dari 16 hingga 22 Jun dan akan beroperasi semula pada 23 Jun.

Penyelenggaraan termasuk menukar 'bogie' bagi koc Mutiara dan pemeriksaan elektrik serta elektronik, di bawah pengawasan jurutera dari Switzerland.

Sepanjang tempoh penutupan, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan jip atau laluan mendaki untuk ke puncak Bukit Bendera.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan perkhidmatan funikular itu beroperasi semula pada 23 Jun.

"PBBPP menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama pada setiap tahun di bawah pengawasan jurutera pengeluar funikular dari Switzerland bagi memastikan sistem berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan keselamatan ketat.

"Penyelenggaraan berjadual tahunan kali kedua itu termasuk menukar 'bogie' bagi koc Mutiara dan pemeriksaan elektrik dan elektronik," menurut kenyataan itu.

Menurut PBBPP pihaknya juga menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem funikular secara harian, mingguan dan bulanan selain pemeriksaan turut dijalankan selepas waktu operasi.

Sepanjang tempoh penutupan, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan jip dikendalikan Persatuan Pemandu Perkhidmatan Jeep Bukit Bendera dengan menghubungi 012-4541255 atau menggunakan laluan mendaki untuk ke puncak Bukit Bendera.

Pengunjung boleh menghubungi PBBPP di 04-8288880 atau menerusi e-mel inquiries@penanghill.gov.my untuk pertanyaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Budak Cina Autism Ditampar Oleh Seorang Pakcik Ker' 54 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan ada' 55 secs ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Philippines Senate launches investigation into Dut' 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Philippines Senate launches investigation into Dut' 16 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Masih ada peniaga bazar Ramadan tidak letak tanda ' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed ''DEFIES LOGI' 35 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Aminuddin to defend PKR Vice-Presidency | BEST FBK' 1 hr 1 min ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 hr 7 mins ago