Translate

16 March 2025

Kebakaran hutan dan ladang nanas kini cecah 113 hektar - Bomba Pahang



Kebakaran hutan dan ladang nanas kini cecah 113 hektar - Bomba Pahang

Bernama

16/03/2025


Kebakaran hutan dan ladang nanas di Kampung Cenderawasih, Pekan, telah meningkat kepada 113 hektar sejak 7 Mac. -Foto JBPM / FB Geng Keselamatan Negara


KUANTAN: Kebakaran hutan dan ladang nanas berhampiran Kampung Cenderawasih, Pekan sejak 7 Mac lepas, kini meningkat kepada 113 hektar berbanding 94 hektar pada Rabu, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Razam Taja Rahim.

Kebakaran hutan dan ladang nanas di Kampung Cenderawasih, Pekan, telah meningkat kepada 113 hektar sejak 7 Mac.

Operasi pemadaman melibatkan 99 anggota bomba dan menggunakan kaedah water bombing serta pemadaman terus untuk mengawal kebakaran.

Pemadaman udara terpaksa dihentikan sementara kerana pesawat mengalami kecemasan sistem hidraulik.

Beliau berkata setakat ini, 93.36 hektar kawasan kebakaran telah berjaya dipadamkan manakala 19.64 hektar lagi masih dalam usaha pemadaman dan bagi mengelakkan api terus merebak operasi pemadaman dipecahkan kepada tiga sektor.

Mohd Razam berkata operasi pemadaman itu melibatkan 99 anggota membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan serta dibantu lapan BBP lain antaranya Nenasi, Peramu, Indera Mahkota, Kuantan sepanjang sembilan hari operasi berjalan.

"Pemantauan udara dan pemadaman api hutan melalui kaedah water bombing berhampiran ladang nanas, Kampung Cenderawasih. Pesawat melakukan 181 kali water bombing di lokasi kebakaran dengan jumlah keseluruhan 259,326 liter air menggunakan bucket bukaan 100 peratus.

"Sumber air adalah daripada tiga parit berhampiran ladang dan operasi pemadaman dilakukan pada ketinggian 100 hingga 200 kaki dan ke bawah menggunakan teknik bush dan candle light fire," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kaedah berkenaan tidak dapat dijalankan hari ini berikutan pesawat mengalami kecemasan sistem hidraulik, menyebabkannya gagal berfungsi semasa dalam penerbangan ke lokasi kebakaran dan diarahkan kembali ke BBP Peramu.

Mohd Razam berkata selain kaedah water bombing pihaknya juga giat melakukan pemadaman secara terus, sekatan kemerebakan api serta membanjirkan kawasan kebakaran bagi mengawal situasi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 33 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC opens two investigation papers involving Sapu' 54 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Anies 1, Prabowo 2 dan Gan' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 2 hrs 14 mins ago