Translate

16 March 2025

Ops Outlander: Penjawat awam terima habuan hingga RM15,000 bagi setiap sijil kelahiran



Ops Outlander: Penjawat awam terima habuan hingga RM15,000 bagi setiap sijil kelahiran

Bernama

16/03/2025


Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata penjawat awam berkenaan berperanan membantu proses permohonan pendaftaran lewat kelahiran melebihi tempoh 60 hari selepas tarikh kelahiran. - BERNAMA


KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam yang ditahan dalam Ops Outlander dipercayai menerima bayaran RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap sijil kelahiran yang dikeluarkan melalui sindiket pendaftaran lewat kelahiran.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata penjawat awam berkenaan berperanan membantu proses permohonan pendaftaran lewat kelahiran melebihi tempoh 60 hari selepas tarikh kelahiran.

Beliau berkata setakat ini SPRM telah membekukan 11 akaun bank bernilai RM100,000 dan menyita sejumlah 30 dokumen berkaitan siasatan terhadap sindiket berkenaan.

Katanya, seorang doktor yang ditahan dalam operasi berkenaan dipercayai berperanan menguruskan dokumen penyambut kelahiran.

"Siasatan masih berjalan dan setakat ini tiada tangkapan baharu dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pada 11 Mac lepas, SPRM menahan 16 individu termasuk seorang pengamal perubatan bergelar Datuk Seri kerana disyaki terlibat kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata kesemua suspek berusia 20 hingga 70-an ditahan dalam serbuan di beberapa premis termasuk klinik dan firma guaman di sekitar Lembah Klang dan Johor.

Serbuan berkenaan dijalankan selepas risikan selama kira-kira setahun melalui kerjasama dan perkongsian maklumat antara SPRM dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac |' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki ditahan tumbuk kepala penunggang motosikal ' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Profesional, warga emas jadi mangsa penipuan pelab' 10 mins ago
A visitor from Dallas viewed 'Serangan udara AS-UK di Yaman ragut sekurang-kuran' 14 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trum' 18 mins ago
A visitor from Orai viewed 'Geologists Might Have Stumbled Upon the Largest Go' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 57 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'PM Anwar hadiri kongres kebangsaan DAP ke-18 | BES' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Ketua Jabatan IPK Perak bertukar | BEST FBKL' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Isteri, anak Abdul Azeez pegang jawatan pengarah, ' 1 hr 38 mins ago