Translate

26 March 2025

Kes penipuan cip AI Nvidia dalam siasatan, MITI teruskan kerjasama dengan pasukan penyiasat



Kes penipuan cip AI Nvidia dalam siasatan, MITI teruskan kerjasama dengan pasukan penyiasat

Bernama

26/03/2025


Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pihak kementerian memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata isu berkaitan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan yang didakwa melibatkan Malaysia masih dalam siasatan.

Menteri berkenaan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pihak kementerian memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

"Kita memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasatan yang terdiri daripada MITI bersama-sama dengan agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," katanya kepada pemberita di luar acara Program Iftar Kasih Ukhwah hari ini.

Beliau berkata segala perkembangan terkini berhubung kes tersebut akan dimaklumkan kepada media.

Pada 3 Mac, MITI menerusi satu kenyataan memaklumkan sedang menyiasat dakwaan cip AI Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan dialihkan dari Singapura ke Malaysia.

Langkah itu diambil susulan laporan media yang memetik Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura K Shanmugam sebagai berkata pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di negara itu mungkin mengandungi cip AI Nvidia, yang kemudiannya dipindahkan ke Malaysia.

Dilaporkan cip AI Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan didakwa dipindahkan ke Malaysia dari Singapura.

Menurut laporan berita dari Singapura, cip tersebut didakwa dibenam dalam pelayan yang dibekalkan oleh Dell dan Supermicro kepada syarikat yang berpangkalan di Singapura sebelum dipindahkan ke Malaysia.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa' 24 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Lumpia Recipe by Pia Wurtzbach Miss Universe 2015 ' 37 mins ago
A visitor from Kansas viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 43 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 46 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran m' 47 mins ago
A visitor from New york viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 47 mins ago
A visitor from California viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Ampang viewed 'Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Malaysian Prime Minister Tun Dr Mahathir Arrives i' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'US White House Press Briefing February 9, 2017 | B' 1 hr 56 mins ago