Translate

25 March 2025

Kastam gagalkan cubaan seludup pil captagon bernilai RM210 juta



Kastam gagalkan cubaan seludup pil captagon bernilai RM210 juta

Bernama

25/03/2025


Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Siti Mang menunjukkan bungkusan dadah jenis pil Captagon yang disyaki jenis Amphetamine disorokkan di dalam sofa. - Foto Bernama


PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk pil captagon dianggar bernilai RM210 juta dalam serbuan di Pelabuhan Barat di sini pada 6 Mac.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Siti Mang berkata pemeriksaan terhadap dua kontena menemukan 3.6 juta pil captagon disyaki mengandungi dadah amphetamine seberat 626 kilogram.

"Pil itu disorokkan dalam ruangan rahsia pada 25 sofa di kontena yang diikrarkan membawa muatan perabot dengan dadah berkenaan hanya dikesan selepas menggunakan anjing pengesan.

"Siasatan awal mendapati kontena itu dibawa masuk akhir tahun lepas dari sebuah negara Timur Tengah dipercayai dalam tempoh transit sebelum dieksport semula ke negara Timur Tengah lain bagi mengaburi pihak berkuasan negara berkenaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan jika terdapat individu dari negara ini terlibat dalam kes itu, dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'February 2016' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bapa dua beradik melecur main mercun ditahan bantu' 17 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah L' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dakwaan pampasan RM2 juta kepada pihak kuil tidak ' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Najib dinamakan sebagai suspek dalam siasatan 1MDB' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'World Cup 2026 Qualifiers | Argentina 4-1 Brazil |' 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'LELAKI WARGA PAKISTAN SCAM PENIAGA GUNA TAKTIK SAM' 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rosmah dibenar masukkan keraj' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC trace RM30' 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 40 mins ago