Translate

22 March 2025

Isi borang balik kampung, cegah kes jenayah - Polis



Isi borang balik kampung, cegah kes jenayah - Polis

Bernama

22/03/2025


Setakat ini sebanyak 200 borang pemakluman balik kampung telah diedarkan. - Foto fail/BERNAMA


KUANTAN: Orang ramai diingatkan untuk mengisi borang balik kampung sebagai langkah mencegah jenayah ketika bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri kelak.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Zahari Wan Busu berkata menerusi borang pemakluman itu, pihaknya dapat mengenal pasti kediaman ditinggalkan bagi melaksanakan usaha pencegahan jenayah.

"Tiada kes jenayah direkodkan ketika cuti perayaan tahun lepas bagi mereka yang menghantar borang pemakluman balik kampung kepada polis di daerah ini.

"Setakat ini sebanyak 200 borang pemakluman balik kampung telah diedarkan dan kita harap orang ramai yang ingin pulang beraya ke kampung masing-masing mengisi borang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan kempen pencegahan jenayah di Bazar Aidilfitri Dataran Sekilau di sini malam tadi.

Wan Zahari memaklumkan rondaan di kediaman yang ditinggalkan akan ditingkatkan sepanjang tempoh ditinggalkan melalui pemakluman yang diterima.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oregon viewed 'man allegedly conned his male victims into having ' 6 mins ago
A visitor from Florida viewed 'February 2016' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bapa dua beradik melecur main mercun ditahan bantu' 36 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah L' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dakwaan pampasan RM2 juta kepada pihak kuil tidak ' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Najib dinamakan sebagai suspek dalam siasatan 1MDB' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'World Cup 2026 Qualifiers | Argentina 4-1 Brazil |' 51 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'LELAKI WARGA PAKISTAN SCAM PENIAGA GUNA TAKTIK SAM' 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rosmah dibenar masukkan keraj' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC trace RM30' 58 mins ago