Translate

25 March 2025

FAM belum terima permohonan rasmi aksi Manchester United di Malaysia



FAM belum terima permohonan rasmi aksi Manchester United di Malaysia

Bernama

25/03/2025


Noor Azman berkata perkara itu masih khabar angin buat masa ini kerana belum ada mana-mana pihak mengemukakan permohonan atau berbincang secara rasmi dengan badan induk itu. - Gambar fail/Bernama


JOHOR BAHRU: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) belum menerima sebarang permohonan rasmi berhubung perlawanan persahabatan melibatkan juara 13 kali Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United yang dijadualkan di Malaysia pada Mei depan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata perkara itu masih khabar angin buat masa ini kerana belum ada mana-mana pihak mengemukakan permohonan atau berbincang secara rasmi dengan badan induk itu.

"Saya tak pasti (sejauh mana laporan itu benar)...sebab tak dapat hitam putih, khabar angin.

"Sepatutnya (syarikat penganjur/ promoter) kena maklum kepada FAM, mungkin minta bantuan kita dari segi teknikal," katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian antara FAM dan Carsome di sini hari ini.

Pada Februari lepas, portal BBC melaporkan bahawa United dijangka mengadakan dua perlawanan pascamusim di Malaysia dan Hong Kong sejurus selepas saingan EPL berakhir pada Mei.

Terdapat laporan media tempatan mendakwa United akan menentang pasukan Asean All-Star dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada 28 Mei.

Kali terakhir United beraksi di Malaysia ialah pada siri jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 2 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 5 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Prebet Meninggal Dunia Akibat Hentakan Kuat Di Dad' 20 mins ago
A visitor from Tokyo viewed '24 lagi rakyat Malaysia terlibat sindiket penipuan' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1' 31 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Thai PM sails through no-confidence vote in parlia' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Thai PM sails through no-confidence vote in parlia' 36 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Sunway Pyramid Shoppers had a fright when a woman ' 37 mins ago