Translate

23 March 2025

Ambulans bawa pesakit terbabas, langgar pokok di Marang



Ambulans bawa pesakit terbabas, langgar pokok di Marang

Bernama

23/03/2025


Siasatan mendapati kemalangan berpunca apabila tayar belakang sebelah kiri van jenis Toyota Hiace milik Kementerian Kesihatan Malaysia yang membawa seorang pesakit tiba-tiba pecah sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok.


KUALA TERENGGANU: Seorang pesakit dan petugas perubatan berdepan detik cemas apabila ambulans dinaiki mereka terbabas di Kilometer 49 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Jambu Bongkok di Marang, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Supt Mohd Sofian Redzuan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada 12.30 tengah malam tadi, daripada kaunter aduan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah.

Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berpunca apabila tayar belakang sebelah kiri van jenis Toyota Hiace milik Kementerian Kesihatan Malaysia yang membawa seorang pesakit wanita berusia 21 tahun itu, tiba-tiba pecah sebelum terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

"Turut menaiki ambulans yang dalam perjalanan dari Hospital Kemaman ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini itu ialah seorang doktor wanita berusia 28 tahun, dua orang jururawat dan seorang pemandu lelaki," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu dan kesemua penumpang yang hanya mengalami kecederaan ringan telah dibawa ke HSNZ untuk menerima rawatan lanjut.

Mohd Sofian meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat di talian 09-6182222 bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN166/59).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Michigan viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 7 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Singer Yuna engaged to Adam Sinclair the brother o' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Linda Mudzenda's voice oozed SOUL in GOLDEN BUZZER' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis terima laporan daripada ibu ‘Abang Belon’ | ' 23 mins ago
A visitor from Croydon viewed 'Majikan Rasis Pukul Bodyguard Berpuasa Dipenjara |' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam' 29 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di penta' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 39 mins ago