Translate

27 October 2024

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri



Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri

Bernama

26/10/2024


Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri hingga 9 malam ini. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 6.20 petang memaklumkan keadaan itu berlaku di Kedah (Langkawi, Sik dan Baling) dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Keadaan sama juga berlaku di Terengganu (Dungun dan Kemaman); Pahang (Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin); serta Johor (Segamat).

Turut tersenarai, Sarawak iaitu Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Warga Afrika Bawa Pisau Pemotong Daging Antara Dit' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Pandu Kereta Lawan Arus Ditahan Polis | BES' 9 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Persiapan keselamatan, kemudahan pastikan final Pi' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sultan Pahang berkenan menyaksikan penutup Eksesai' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Majlis TVET Negara salur RM1 juta kepada Unisel pe' 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tr' 2 hrs 36 mins ago