Translate

07 June 2024

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun 2024 ini, iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijah 1445 Hijrah.

 KUALA LUMPUR, 7 Jun – Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini (Isnin).


Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd. Aseral Jusman.


“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1445 Hijriah ialah pada 8 Jun 2024 Masihi.


“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 17 Jun 2024,” katanya menerusi pengumuman rasmi disiarkan di saluran televisyen tempatan, sebentar tadi.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED