Translate

10 June 2024

NAHAS BAS - TRELER | Seorang Lagi Guru Nahas Bas Persiaran Maut, Jenazah Tiga Mangsa Lain Nahas Selamat Dikebumikan Di Melaka


Seorang lagi penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat awal pagi Ahad, meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat tragedi itu kepada empat orang.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof, Dahlia Ahmad, 52 tahun, meninggal dunia pada pukul 9.15 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Sebelum ini, tiga mangsa dilaporkan maut iaitu penumpang bas, Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Jeram, Hasnatul Adilah Hassan, 48, ketika ditempat kejadian, pemandu kedua bas, Hadi Ashraf Mad Idris, 29, yang maut ketika dalam perjalanan ke hospital Muadzam Shah, dan Hamzah Ahmad, 60, pembantu operasi sekolah, maut ketika menerima rawatan di HTAA.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED