Translate

09 June 2024

Kes cabul: Doktor dibebaskan dengan jaminan polis



Kes cabul: Doktor dibebaskan dengan jaminan polis

Bernama

08/06/2024

Polis berkata setakat ini, belum ada suspek atau saksi lain yang dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.

Polis berkata setakat ini, belum ada suspek atau saksi lain yang dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.

IPOH: Seorang doktor yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi berkata setakat ini, belum ada suspek atau saksi lain yang dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.

Semalam, Hafezul Helmi dalam kenyataan berkata doktor berkenaan ditahan Rabu lepas susulan laporan yang dibuat remaja itu sehari sebelumnya.

Menurutnya mangsa mendakwa diganggu secara seksual oleh lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Changkat Melintang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED