Translate

11 June 2024

Kerajaan tubuh pasukan petugas untuk selaras pembangunan Taman Perindustrian Halal



Kerajaan tubuh pasukan petugas untuk selaras pembangunan Taman Perindustrian Halal

Bernama

10/06/2024
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Pembangunan Industri Halal Bil. 1/2024 di Pusat Konvensyen Movenpick hari ini. - Foto BERNAMA

Kerajaan tubuh pasukan petugas untuk selaras pembangunan Taman Perindustrian Halal

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Pembangunan Industri Halal Bil. 1/2024 di Pusat Konvensyen Movenpick hari ini. - Foto BERNAMA

SEPANG: Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi menyelaras pembangunan Taman Perindustrian Halal serta mengenal pasti kekangan yang dihadapi kerajaan negeri dalam membangunkan kawasan berkenaan di negeri masing-masing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ringkasan AI

Kerajaan menubuhkan pasukan petugas untuk menyelaras pembangunan Taman Perindustrian Halal dan mengenal pasti kekangan yang dihadapi kerajaan negeri.

Hanya 11% daripada 13,000 ekar tanah yang diperuntukkan untuk Taman Perindustrian Halal telah dibangunkan sejak 2009.

Industri halal tempatan digalakkan menembusi pasaran global yang dianggarkan bernilai US$3 trilion, dengan fokus tambahan pada sektor farmaseutikal dan kosmetik.




Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal berkata daripada 13,000 ekar (5260.91 hektar) tanah yang diperuntukkan kerajaan-kerajaan negeri untuk Taman Perindustrian Halal, hanya 11 peratus sahaja dimajukan dan dibangunkan sejak 2009 hingga kini.







Beliau berkata ia bermakna kerajaan negeri komited untuk penyediaan industri halal, namun mungkin ada beberapa kekangan dari segi pembangunan khususnya daripada syarikat pengeluar halal itu yang mahu mengembang luaskan (operasi) mereka di taman industri berkenaan.

"Apa telah kita putuskan (dalam mesyuarat), kita wujudkan task force ini, saya pengerusikan dengan kerjasama semua kerajaan negeri, dan kita akan mendapat maklum balas dari mereka, apa kekangan sebenarnya yang mungkin boleh dibantu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Jabatan Kemajuan Islam dan Halal Development Corporation Bhd (HDC) yang boleh kita koordinasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Bil 1/2024 di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Ditanya apakah kekangan yang dihadapi kerajaan negeri dalam membangunkan Halmas, Ahmad Zahid berkata antara punca yang telah dikenal pasti ialah kekurangan insentif dan infrastruktur yang masih terkebelakang.

"Jadi saya akan lakukan tindakan hands on untuk mengetahui apa masalah sebenarnya," katanya.

Ahmad Zahid berkata industri halal tempatan perlu mengambil peluang menembusi pasaran halal seluruh dunia yang dianggarkan bernilai US$3 trilion dengan jangkaan pasaran pada 2030 adalah US$5 trilion.

"MITI telah berusaha bersungguh-sungguh dengan HDC untuk menembusi pasaran (halal) antarabangsa kerana 81 peratus daripada produk halal tertumpu kepada sektor makanan dan minuman, sedangkan banyak sektor halal lagi seperti produk farmaseutikal, kosmetik dan bidang lain, tetapi kita hanya tumpu hal begitu (sektor makanan dan minuman), akhirnya hanya dapat kuasai pasaran tempatan," katanya.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata selain penubuhan task force, turut dibincangkan dalam mesyuarat hari ini ialah pencapaian pelaksanaan Halal Industry Master Plan 2030; Langkah Sinergi Penambahbaikan Tadbir Urus Pensijilan; penganjuran Malaysia International Halal Showcase (MIHAS); dan inisiatif menambahbaik infrastruktur Pendigitalan Pensijilan Halal.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED