Translate

01 June 2024

Kenyataan Peguam Ibu, bapa Zayn Rayyan yang direman tujuh hari



 Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu yang ditemukan meninggal dunia berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, 6 Disember tahun lalu.


Peguam yang mewakili kedua-duanya, Mahmud Abdul Jumaat memberitahu, mereka direman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.


Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED