Translate

05 June 2024

Kastam rampas alat mainan seks bernilai RM2.04 juta



Kastam rampas alat mainan seks bernilai RM2.04 juta

Bernama

05/06/2024
JKDM menjalankan serbuan menerusi Ops Publika di gudang yang dipercayai telah beroperasi tiga tahun itu pada 1 tengah hari hasil maklumat risikan dan aduan awam.

Kastam rampas alat mainan seks bernilai RM2.04 juta

JKDM menjalankan serbuan menerusi Ops Publika di gudang yang dipercayai telah beroperasi tiga tahun itu pada 1 tengah hari hasil maklumat risikan dan aduan awam.

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 11,220 unit alat mainan seks pelbagai jenis bernilai RM2.04 juta dalam serbuan di sebuah gudang logistik di Shah Alam, dekat sini, pada 20 Mei lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Norlela Ismail berkata pihaknya menjalankan serbuan menerusi Ops Publika di gudang yang dipercayai telah beroperasi tiga tahun itu pada 1 tengah hari hasil maklumat risikan dan aduan awam.

"Modus operandi utama yang dijalankan adalah membuat pengikraran palsu pada Borang Kastam 1 sebagai mainan kanak-kanak dan dagangan tersebut dibawa ke gudang logistik untuk disimpan sebelum dijual secara pukal kepada pemborong tempatan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun yang bekerja sebagai penyelia gudang berkenaan namun dilepaskan dengan jaminan.

"Kes ini masih dalam siasatan untuk mengesan syarikat atau ejen pengimport yang terlibat bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Norlela berkata dalam operasi sama pihaknya menjalankan 40 serbuan membabitkan pelbagai jenis barangan tidak berkastam seperti rokok putih, rokok kretek dan minuman keras di beberapa premis di sekitar Lembah Klang bermula 13 hingga 24 Mei lepas.

Beliau berkata sejumlah 3,506 liter minuman keras dan 355,100 batang rokok telah disita membabitkan anggaran nilai dan cukai sebanyak RM475,267.

"Seramai 16 individu ditahan bagi membantu siasatan dan kes ini masih dalam siasatan untuk mengesan modus operandi penyeludupan yang dilakukan bagi tindakan selanjutnya.

"Sebanyak 26 kertas siasatan telah dibuka bagi kesalahan di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya.

Norlela berkata anggaran keseluruhan Ops Publika sebanyak RM5.3 juta merangkumi barang rampasan bernilai RM3.5 juta dan cukai duti sebanyak RM1.8 juta.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED